Perbicaraan saman difailkan empat individu berhubung pembentangan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen ditangguhkan kepada 5 Oktober depan.


Keempat-empat individu itu memfailkan saman pemula berkenaan pada 12 Jun lepas dengan menamakan Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan pertama hingga kelima.
Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Asmani Ahmad yang mendengar ‘prosiding’ tersebut pada jam 9 pagi hari ini di Aras 5 Kanan Kompleks Mahkamah Jalan Duta telah menangguhkan perbicaraan tersebut.
Kembali untuk berita lanjut>>>>>>





























