Perarakan Sami Buddha Myanmar Sahkan Penindasan ke atas Rohingya

2545
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/sami%20buddha%20berarak.jpg

Perhimpunan yang diadakan pada Ahad 2 September di Mandalay, bandar kedua terbesar di negara ini, adalah petunjuk terbaru sentimen mendalam terhadap Rohingya selepas keganasan dengan etnik Rakhine Buddhis pada Jun mengakibatkan sekurang-kurangnya 83 orang mati dan berpuluh ribu lagi menjadi pelarian.

Sami-sami tersebut membawa kain-kain rentang yang bertulis “Selamatkan tanahair anda Myanmar, dengan menyokong presiden”, manakala yang lain mengkritik Utusan Pertubuhan Hak Asasi Bangsa-Bangsa Tomas Ojea Quintana, yang dituduh  berat sebelah kerana memihak kepada Rohingya.

Pemimpin perarakan, seorang rahib bernama Wirathu, memberitahu agensi berita AFP bahawa protes adalah untuk “memberitahu dunia bahawa Rohingya sama sekali bukan kumpulan etnik warga Myanmar”.

Wirathu yang dipenjarakan selama 25 tahun pada tahun 2003 kerana mengedarkan bahan sebaran anti-Islam, tetapi diampunkan dan dibebaskan pada Januari tahun ini.

Sami-sami terbabit berkata mereka akan berarak dan menunjukkan perasaan dan selama tiga hari dan mengharapkan lebih ramai orang untuk menyertai mereka.

Minoriti Yang Ditindas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merujuk warga Rohingya, sebagai antara orang yang paling ditindas di Bumi serta dicerca secara meluas oleh majoriti Buddha di Myanmar.

Rohingya telah dinafikan kerakyatan walaupun ramai keluarga mereka telah tinggal di Myanmar selama beberapa generasi.

Dalam laporan yang dihantar ke parlimen bulan lepas, Myanmar telah menafikan tindakan keras terhadap umat Islam Rohingya dan melancarkan siasatan terhadap keganasan, manakala Thein Sein telah menuduh sami-sami Buddha, ahli politik dan lain-lain tokoh etnik Rakhine menyalakan kebencian terhadap Rohingya.

Walau bagaimanapun, dalam komen kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Antonio Guterres, yang disiarkan di laman web rasminya pada bulan Julai, beliau mencadangkan ia adalah “mustahil untuk menerima kemasukkan warga Rohingya secara haram, yang bukan daripada tidak adalah etnik Myanmar” dan mencadangkan menghantar kumpulan etnik itu ke negara ketiga atau ditempatkan dalam kem yang ditadbir.

Namun begitu, cadangan itu telah segera ditolak dan ditentang oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kumpulan hak asasi mendakwa kerajaan hanya melakukan usaha yang terlalu sedikit bagi menghentikan keganasan dan kemudian menjadikan pasukan keselamatan mensasarkan etnik Rohingya untuk di bunuh,dirogol, di tangkapan secara besar-besaran dan di seksa kejam.

Myanmar menganggap Rohingya adalah pendatang haram dari Bangladesh tetapi Bangladesh juga menolak dan tidak mengiktiraf mereka sebagaai warganegara, menjadikan mereka etnik yang tidak bernegara.

PBB menganggarkan seramai 800,000 orang etnik Rohingya tinggal di Myanmar dan presiden negara itu telah menyatakan, masalah dalam negeri Rakhine merupakan urusan dalaman negara itu dan tidak perlu diantarabangsakan.- sumber al-Jazeera