Perantau Pemangkin Kemenangan PRU14

1204

Oleh : Afini Yahaya
BATU CAVES – Anak-anak Terengganu yang tinggal di luar negeri (Perantau) dilihat mampu menjadi pemangkin kemenangan PAS dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, Perantau Terengganu diharapkan dapat menjadi pencetus kepada gelombang bagi membina kesedaran dan kebangkitan rakyat untuk balik mengundi di kawasan masing-masing, khususnya di kawasan Marang sekaligus membantu kemenangan PAS Terengganu.

“kemenangan di Terengganu sangat bergantung kepada peratusan perantau yang akan balik mengundi (pada PRU14) dalam keadaan perbezaan kerusi yang sangat kecil antara Pas dan Umno, iaitu dengan kedudukan 15-17,” ujarnya.

Beliau yang ditemui ketika menutup Majlis Ramah Mesra Eidulfitri Bersama Perantau Kawasan Marang di sisni pada Ahad 23 Julai.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Marang itu, majlis tersebut yang dianjurkan oleh PAS Marang dengan kerjasama NGO PERANTAU berlangsung meriah bermula jam 11 pagi hingga 2 petang dengan kehadiran para perantau yang hadir terutamanya yang tinggal di Lembah Kelang.

Oleh itu, beliau mengharapkan perantau daripada golongan profesional dan teknokrat dapat membantu memumbangkan idea untuk memajukan negeri Terengganu dalam pelbagai bidang melalui saluran yang disediakan oleh parti.

Tambah beliau, majlis yang dihadiri lebih 150 orang ‘anak-anak Marang’ tersebut merupakan permulaan langkah yang baik untuk pertemuan dan perbincangan selanjutnya.