Perantau Jadi ‘Duta Kecil’ TMT

373

KUALA TERENGGANU – Anak-anak Terengganu di perantau (Perantau) diserru bersama Kepimpinan PAS dan kerajaan kerajaan negeri untuk merealisasikan Pelan Teguh Memimpin Terengganu (TMT), menghadapi Pilihan Raya Umum Kali Ke-16 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Dato’ Dr. Alias Razakk berkata, melalui Pelan Induk TMT, PAS dan Perikatan National (PN) bukan sahaja mahu mengekalkan kuasa di empat negeri (SG4), bahkan yakin akan mengambil alih pemerintahan di Putrajaya.

“kami menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua Perantau yang pulang dan menyambut Hari Raya bersama Keluarga di kampung,

“pada kesempatan Ini juga kami memohon Perantau semua untuk menjayakan Pelan Strategik yang telah dirangka dan dilaksakan secara bertahap di setiap peringkat,” kata beliau

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika berucap pada Majlis Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Perantau Terengganu bersama pimpinan negeri, berlangsung semalam di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).

Justeru katanya, Perantau semua ialah ‘Duta Kecil’ PAS di Kawasan masing-masing bagi menjayakan objektif pertama TMT, ‘Terengganu Untuk Malaysia’.

“untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai contoh sebagai satu produk yang boleh dipasarkan kepada negeri-negeri lain yang belum diperintah PAS,

“Ramai mereka yang tidak tahu apa yang telah dilaksanakan oleh PAS di negeri ini dan hanya segelintir sahaja yang mengetahui cerita dab berita kejayaan kerajaan PAS Terengganu,” jelas beliau.

Oleh itu, kata beliau, adalah menjadi harapan PAS agar dapat disampaikan ‘succes story’ kerajaan Terengganu kepada seluruh rakyat di tempat, dimana para Perantau bekerja di seluruh negara.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan penceramah selibriti Ustaz Syed Norhisyam, yang berkongsi pandangan dalam sesi forum dan soal jawab bersama para Perantau.