DUNGUN – Sudah menjadi ‘perangai’ Umno, apabila dekat pilihanraya, parti itu akan mengedarkan borang tanah sebagai umpan untuk memancing undi.
“suruh (rakyat) isi, tapi bila menang pilihanraya senyap, tanah tak tahu ke mana,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.
Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berhubung Lima Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 yang akan datang.


“PAS pada PRU Kali Ke-14 akan datang jika diberi kemenangan, kita janji akan mengembalikan tanah-tanah yang dirampas Barisan Nasional (BN),
“selepas pemerintahan PAS tahun 2004 dan akan membuka permohonan tanah baru dengan terus diberi geran kekal,” tegasnya.
Katanya, semasa pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004 dahulu, lebih 60,000 lot daripada 70,000 lot tanah telah kita luluskan.


Pada majlis itu juga Cikgu Alias menyeru agar penduduk kampung khususnya di Delong supaya mengekalkan semangat gotong royong bagi memberi kesedaran kepada golongan anak muda tentang adat yang terpuji itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Rantau Abang Ustaz Fadhli Rahmi berkata pertandingan mengail tersebut dianjurkan sempena Program HARAP 3.0.


“Kehadiran ahli keluarga dalam aktiviti ini ternyata memberi keseronokan kepada semua peserta walaupun tangkapan yang diperolehi kurang,” katanya kepada wakil Media KAMI di sini.
Katanya, pertandingan tersebut merupakan program kali kedua anjuran Pemuda PAS DUN Rantau Abang dan akan diadakan secara tahunan pada masa akan datang.
Disamping hadiah utama kepada pemenang, kata beliau, sebanyak 30 cabutan bertuah turut disampaikan kepada mereka yang hadir ke program tersebut.




























