Perak Disaran Kaji Tukar Cuti Hujung Minggu Kepada Hari Jumaat

2058

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyarankan Menteri Besar Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir dan Kerajaan Negeri Perak mengkaji dan mencontohi Kerajaan Negeri Johor menjadikan hari Jumaat sebagai cuti minggu di Negeri Perak.

“Kami secara terbuka menyokong usaha menjadikan hari cuti mingguan diubah pada Jumaat di Perak jika Datuk Seri Zambry ingin melaksanakannya pada masa akan datang,”kata Ketua Pemudanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Menurutnya, beberapa negeri telah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan seperti di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah serta yang terbaru diumumkan iaitu di Johor.

Oleh itu, DPPNP merasakan jika ianya baik bagi negeri Perak, ianya sewajarnya dilaksanakan dan hari Jumaat sebagai umat Islam sebagai ‘hari segala penghulu’.

“Kami mengharapkan Datuk Seri Zambry dapat membuat kajian dan seterusnya mencadangkan cuti tersebut.

“Kami yakin semua pihak akan menyokong cadangan tersebut dan mengharapkan cuti hari Jumaat kelak akan menjadikan ianya sebagai ‘hari ilmu’ buat rakyat negeri Perak.,”kata beliau menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan modal insan yang baik dikalangan umat Islam dan memberikan suntukan ilmu kepada rakyat dan ia akan terlaksanakan dengan mudah jika menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.