Parti-parti komponen utama BN termasuk Umno, tidak putus-putus menghadapi masalah dalaman sejak mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.
Yang terbaru, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, beliau diberitahu oleh bekas pemimpin kanan Umno bahawaparti itu telah menjadi ‘Busuk Sehingga Ke akar Umbi’
Berikutan isu yang digembar-gemburkan, sumber media baru Kelantan memberitahu, satu perarakan akan diadakan oleh ahli-ahli Umno dan BN dihadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim, hari ini.
”Mereka dikatakan akan berhimpun dan menuntut Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan,”kata sumber tersebut.
Beliau memaklumkan tunjuk perasaan di Kota Bharu itu akan bermula pada jam 10 pagi, namun tidak memberitahu berapa ramai yang berhimpun.
Semalam, 100 orang ahli dan penyokong Umno/BN telah bertindak liar (gambar) , membakar dan memijak gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam ketika berlangsungnya sidang DUN di Georgetown