Penyelesaian Isu Felda Selasih Penuh Cabaran

138

KUALA TERENGGANU – Menyelesaikan isu penempatan generasi kedua Felda Selasih adalah langkah yang benar-benar drastik dan mencabar

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi, YB Dr Azman Ibrahim anggap ia merupakan suatu kejayaan yang menceriakan anak-anak Felda itu.

“Insya-Allah kita sedia memberi maklumat bagaimana tindakan telah diambil mengikut saluran sehingga isu ini selesai,

“agak rumit untuk mengeluarkan tanah ini daripada Akta Penempatan Berkelompok (GSA), kita bekerja tanpa rasa jemu untuk mendapat persetujuan pihak Felda serta mendapatkan tandatanga Perdana Menteri ,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, berkata demikian, ketika ditemui pada Khamis ,12 Mei.

Katanya, isu perumahan generasi kedua sangat kritikal berlaku di semua Felda memjadi masalah sejak puluhan tahun yang lalu.

“kesannya boleh dilihat pada Sekolah Kebangsaan Felda Selasih yang hanya memiliki 100 pelajar, sepatutnya boleh menampung seramai 900 orang.

“Ini kerana masalah penempatan menyebabkan anak muda terpaksa keluar mencari rezeki di tempat lain,

“sedangkan banyak tanah kosong yang pihak Felda sendiri tidak ada perancangan untuk memabangunkannya,” jelasnya.

Justeru beliau menyeru pihak berkenaan terus memperjuangkan hak 55 Felda yang ada dalam negara bagi menyelesaikan masalah yang sama.

“Saya bersedia berkongsi dengan mana-mana pihak, yang ingin memperjuangkan isu ini agar masalah membabitkan penempatan generasi kedua di seluruh tanah rancangan dalam negara ini dapat diselesaikan.

“Sebagaimana kita berjaya laksanakan di Felda Selasih ini yang diwujudkan pada sekitar tahun 1982-1983,” katanya.

Menurutnya, sebelum Aidilfitri baru-baru ini ia telah diluluskan oleh kerajaan melalui Mesyuarat Exco, dan dalam masa terdekat kita akan adakan undian lot tanah serta akan disusuli agihan Jadual 5A.