MARANG – PAS tidak keluar daripada Pakatan Rakyat sehingga hari ini dan Majlis Sura Ulamak PAS masih belum membuat keputusan muktamad tentang Usul yang telah diterima tanpa bahas dalam Muktamar Kali Ke-61 pada awal bulan ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Ustaz Nasruddin Hassan berkata, sehingga kini, berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP, parti itulah yang memutuskan hubungan dengan PAS dan yang keluar dsari Pakatan Rakyat.


“jadi sehingga hari ini kita tidak pernah memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP yang putuskan (hubungan dan keluar) bukan kita,”jelasnya.
Katanya, ramai yang tidak faham atau pun sengaja tidak mahu faham tentang Usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS dalam Mukatamar yang lalu.
Katanya Usul tersebut adalah untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal dalam Pakatan Rakyat yang diluluskan dan diserahkan kepada kepada Majlis Syura Ulamak untuk mengambil tindakan muktamad.
Menurutnya, ia masih belum menjadi satu keputusan rasmi PAS kerana Majlis Syura Ulamak belum bermesyuarat dan membuat sebarang keputusan.


“kita tidak ada hak untuk mencampuri pandangan mereka tapi kita sehingga hari ini masih bersama dengan Pakatan Rakyat,
“Kita tidak ada kesan, perjuangan kita cukup dewasa dan kita sudah banyak pengalaman yang dilalui, kita pernah duduk dalam kerajaan, pernah bersendirian, pernah dalam pakatan Angkatan Perpaduan Ummah, dengan Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif dan terkini Pakatan Rakyat,
“jadi pengalaman kita sudah cukup banyak tidak terkesanlah dengan sebarang provokasi juga sebarang tindakan pihak lain,”katanya ketika ditemui selepas program Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Dewan Tok Guru Rusila, awal Rabu 17 Jun.
Justeru, beliau yakin mana-mana parti baru yang mahu ditubuhkan tidak akan menjejaskan PAS dan Ahli Parlimen Temerloh itu yakin, ahli PAS akan meningkat sehingga 1.5 juta orang menjelang 2017.


“Jadi apa yang penting kepada kami ialah kami akan meneruskan perjuangan ini dengan lebih gigih, dan saya yakin saya percaya, kita boleh capai, mungkin keahlian sampai 1.5 juta menjelang dua tahun akan datang dalam 2017,”ujarnya.
Bersempena program Himpunan ‘Istiqamah’ itu juga Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat telah menyerahkan sebanyak 899 borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Ustaz Nasruddin Hassan.
https://youtu.be/TtsJgz4C5Xs





























