Penjana elektrik sumbangan PAS meneruskan operasi

671

MARAWI, Mindanao – Penjana bermotor yang disumbangkan oleh Parti Islam SeMalaysia memastikan hjospital SMD, sebuah hospital ‘swasta berkebajikan’ di bandar ini meneruskan operasinya ketika ketiadaan bekalan elektrik.

Menurut pengusahanya, Dr Safrullah M Dipatuan, penjana tersebut telah di serahkan kepada pihak hospital pada tahun 2005 melalui Mantan Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ahli Jwatankuasa PAS Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada PAS khususnya kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Dr. Syed Azman yang menyumbangkan penjana kuasa,”katanya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada delegasi rombongan Yayasan Amal yang mengadakan lawatan ke hospital itu.

Beliau yang juga Pengerusi Bangsamoro Development Authority (BDA), berkata hospital tersebut menerima purata kira-kira 20 pesakit luar sehari dan menyediakan khidmat  rawatan lanjutan dengan kapasiti 50 katil.

“Kita ada empat orang doktor yang bekerja sepenuh masa selain dari doktor-doktor pelawat yang datang secara berkala,

“lebih kurang 20 orang pesakit luar yang kami terima pada setiap hari dan mereka akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya memerlukan rawatan lanjutan,”ujarnya.

Delegasi Yayasan Amal yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Suhazeli Abdullah, tiba di bandar Marawi pada 5 November dalam misi kemanusiaan sempena Eidul Adha pada tahun ini.

Rombongan seramai 10 orang itu turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim

>> Lagi gambar-gambar misi di Buletinonline.blogspot