Peningkatan 100 Peratus Kes Dadah

2243

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan peningkatan sehingga 100 peratus kes penagih dan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Dilaporkan statistik penyakit sosial itu meningkat kepada 1,123 kes pada 2015 berbanding hanya 854 kes pada 2014.

Jumlah berkenaan melibatkan penagih baharu serta penagih berulang dan ini menunjukkan secara purata negeri Terengganu mencatatkan 112 kes baharu dan penagih berulang setiap bulan bagi tahun 2015.

Daerah Kemaman menunjukkan kes paling banyak iaitu 219 diikuti Kuala Terengganu (122) dan ketiga daerah Dungun (120), seterusnya daerah Marang (98), Besut (64), Setiu (56) dan paling rendah di Hulu Terengganu hanya 32 kes yang dicatatkan pada tahun 2015.

Jumlah berkenaan melibatkan penagih baharu serta penagih berulang dan ini menunjukkan secara purata negeri Terengganu mencatatkan 112 kes baharu dan penagih berulang setiap bulan bagi tahun 2015.

Penglibatan pelajar sekolah juga amat membimbangkan apabila turut berlaku peningkatan jumlah pelajar positif dadah berbanding 2014 hanya 155 kes manakala bagi 2015 sebanyak 170 kes direkodkan.

dadah terengganuBagi tahun 2015, sekolah di daerah Kuala Terengganu mencatatkan sebanyak 39 kes diikuti Kemaman (35), Dungun (31), Besut (26), Hulu Terengganu (19), Marang (12) dan Setiu (8).

Sehubungan itu, di peringkat nasional. Persatuan Anti Dadah Aids Malaysia (PADM) pula telah mengesan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak seawal usia 10 tahun untuk berkecimpung dalam dadah.

Penaungnya Dato Wan Rosdi Mat Rasik berkata persatuan itu percaya mereka terpengaruh dengan sesetengah pihak yang dieksploitasi mereka untuk menjadi penagih dadah supaya mereka akan melakukan pengedaran dadah untuk menyokong tabiat itu.

“Sekitar 2010, remaja dalam kumpulan 15-17 umur telah didapati terlibat tetapi kini kanak-kanak semuda 10 tahun telah mula melibatkan diri dalam aktiviti dadah.

“Kanak-kanak kebanyakannya dari rumah miskin atau pecah atau keluarga mereka juga terlibat dalam dadah,” katanya dalam satu seminar mengenai dadah dan HIV / Aids untuk pelajar universiti di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di Dungun.

Pada Oktober tahun lalu, Seramai 600 pelajar sekolah menengah di Terengganu yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng dan merokok dikategorikan sebagai golongan berpotensi terlibat dengan dadah.

Ujian air kencing ke atas semua pelajar sekolah negeri Terengganu telah mengenal pasti 170 pelajar yang telah terlibat dengan dadah.

Melalui kaji selidik serta maklumat sekolah pula, lebih 400 orang dikhuatiri akan terlibat sama jika tiada langkah pencegahan awal diambil.