Perjumpaan yang diatur oleh pihak Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada jam 3.00 petang tadi nampaknya telah memberi satu masalah baru kepada peniaga di sana.
Isu parking peniaga yang masih belum selesai kemudian timbul pula satu isu baru iaitu perpindahan peniaga ke tempat lain daripada premis asal.
Masalah yang timbul adalah lokasi perpindahan para peniaga bergantung kepada jenis perniagaan yg di jalankan untuk sementara waktu sehingga projek menaik taraf Hentian Bas MBKT ini siap. Ada yang akan di tempatkan di Pantai Batu Burok,ada yang di tempatkan di kawasan parking Cathay.
Lebih menyedihkan, peniaga juga berkemungkinan akan dikenakan sewa jika berpindah di tempat baru.
Pihak wakil peniaga ada meminta agar semua peniaga di sini diberikan tempat khas contohnya di kawasan Bukit Besar untuk mereka berniaga.
Banyak soalan yang di ajukan oleh peniaga tidak dapat di jawab dengan jelas oleh wakil PBT. Ini boleh menimbulkan keraguan dan bimbang akan berlaku ketidakadilan kepada peniaga nanti.
Bukannya kita hendak menolak pembangunan dan kemodenan tetapi biarlah nasib peniaga-peniaga ini terbela dan terjamin.
Biarlah mereka diberikan tempat perniagaan yang selesa bagi meneruskan kesinambungan perniagaan mereka sehari-hari.
Semoga pihak MBKT dapat memberi respon positif dan berterus-terang mengenai isu ini agar semua pihak dapat melihatnya dengan telus.
Sekian,
Terima kasih.
Khairudin Muhamad
Ketua,
Penyelaras Pemuda Pas
Dun Bandar.