Peniaga Tempatan Kembali ‘Tersenyum’

534

Oleh ; SNAS

KUALA Terengganu – Rata -rata para peniaga tempatan kembali tersenyum dengan ceria apabila perniagaan mereka yang terhenti sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 kembali beroperasi.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, mereka yang berniaga adalah terdiri dari orang tempatan sekitar Kampung Tepus.

“Pasar tani yang dibuat di kampung ini kita baru buat pada akhir tahun lepas dan kemudian PKP.

“Pada masa itu baru dua orang peniaga dan pada hari ini
yang hadir berniaga yang kita pantau 12 orang peniaga mereka adalah orang tempatan dan 100 peratus kita cadang untuk orang tempatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada semalam.

Menurutnya, pelbagai aneka jualan yang dijual antaranya sayur-sayuran, kuih muih, dan pelbagai barang keperluan diperniagakan adalah hasil tani orang kampung.

Pada kesempatan itu, beliau turut mendengar keluh kesah para peniaga disitu.

“Justeru itu, beliau berharap para peniaga agar dapat mengembangkan lagi hasil jualan mereka dengan pemasaran yang teratur dan strategik.