Terengganu, Malaysia

Pengorbanan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Dihargai

Pengorbanan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Dihargai

KUALA TERENGGANU – PAS berbesar hati dapat bersama para anggota Bomba dan Penyelamat, meraikan sambutan hari pasukan tersebut.

IMG_20160510_154932Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keraian itu adalah tanda cakna dan prihatin PAS serta penghargaan kepada pasukan yang sentiasa bersiap sedia menghadap kebakaran dan kecemasan itu.

“kita berbesar hati dapat meraikan hari Bomba dan in shaa Allah penghargaan ini akan kami teruskan kepada agensi kerajaan lainnya sempena sambutan hari jabatan tersebut,

“sebagai tanda kami cakna dan kami prihatin serta menghargai khidmat mereka,”ujarnya.

IMG_20160510_154717Ustaz Wan yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada dua balai Bomba dan Penyelamat di sini, hari ini 10 Mei.

Mengiringi beliau mengunjungi kedua-dua, balai Jalan Kemajuan, Bukit Kecil dan balai Jalan Kota ialah Pengerusi NGO KT Care Puan Azizah Mahmood dan ahli-ahli jawatankuasanya.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelama Negeri Terengganu, Haji Sharikan bin Bustaman mewakili seluruh warga kerja menerima sumbangan tersebut

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan