Pengakuan Membunuh Kejam Tentera Amerika Hanya Untuk Mengelakkan Hukuman Mati

1087
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Robert%20Bales.jpg

Robert Bales dikatakan meninggalkan pangkalan tentera untuk melakukan serangan pertama dan kemudian kembali ke kem tersebut sebelum keluar semula untuk melakukan serangan buat kali kedua.

Namun, pengakuan Robert Bales adalah hasil daripada urusan dengan pendakwaraya ketenteraan yang dibuat atas perjanjian untuk mengelak hukuman mat kerana kesalahan kejam itu.

Urusan ‘perjanjian’ terbabit mencetus kemarahan ramai rakyat Afghanistan.

Robert Bales meninggalkan pangkalannya di wilayah kandahar pada Mac tahun lepaa dan menembak orang kampung yang tidak bersenjata yang merupakan pembunuhan orang awam paling teruk oleh tentera Amerika sejak perang Vietnam.

“Robert Bales tidak patut membuat urusan rayuan dengan pendakwa raya untuk mengelak hukuman mati. Dia mesti dijatuhkan hukuman mati agar ia menjadi pengajaran kepada penjenayah lain. Bahkan kita mahu dia dibicarakan di Afghanistan.”

Aktivis hak asasi afghanistan, nadir nadiri berkata keadilan tulen penting bagi semua orang.

“Pendakwaan Robert Bales adalah langkah pertama ke arah memberi jaminan kepada rakyat Afghanistan bahawa tidak aka nada imuniti dan kebebasan dari hukuman untuk jenayah berat seperti yang telah dilakukan oleh Robert Bales.”

Namun, urusan rayuan dengan bales tertakluk kepada kelulusan terakhir daripada hakim yang mengadili kes terbabit. – Agensi