Terengganu, Malaysia

Penduduk Tudan Mahu Jalan Alternatif Dan Parit Konkrit Dibina Segera

Jalan Tudan

MIRI – Parit atau longkang besar sepanjang jalan utama Tudan menuju ke perumahan Permyjaya, perumahan Tudan fasa 1-5, Poliklinik, Sekolah Rendah Kebangsaan Tudan dan E-mart patut dipasang penghadang jalan dan juga pemantul jalan.

Ia untuk mengelak pengguna jalanraya terbabas ke dalam parit besar yang terlalu hampir dengan jalanraya terutama pada waktu malan dan ketika hujan lebat.

“Jalan dua hala itu perlu dilebarkan dan longkang kongkrit perlu dibina sepanjang jalan itu supaya ianya lebih selesa dan selamat untuk pengguna jalanraya yang sering berulang-alik di laluan itu.

“Kebanyakan kemalangan berlaku akibat pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka sehingga terbabas ke dalam parit yang berdekatan sebab tiada penghadang jalan,”kata Haji Jofri Jaraiee, Yang Dipertua PAS Miri.

jofrijaraieeMenurutnya, ketika waktu malam dan hujan lebat, jalan itu amat merbahaya untuk pengguna kenderaan kerana ianya sukar untuk melihat jalan dan parit besar berdekatan jalanraya itu.

Kata beliau, ianya boleh mengancam keselamatan pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati semasa memandu waktu malam dan juga ketika musim hujan lebat.

“Apabila ada penghadang jalan dan pemantul jalan sekurang-kurangnya dapat mengelak pemandu terbabas ke dalam parit besar itu. Bila berlaku kemalangan sudah tentu jalanraya akan tersekat dan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang jalan,”jelasnya.

Sehubungan itu, PAS menyarankan pihak yang berkuasa agar segera membina longkang konkrit dan juga memasang pemantul jalan sepanjang jalan tersebut untuk mengelak pengguna jalanraya terbabas ke dalam parit besar yang berdekatan dengan jalan itu.

Selain masalah jalan utama Tudan, kata Jofri, penduduk disitu juga menghadapi masalah yang kritikal, iaitu pada musim perayaan dimana banyak kenderaan melalui jalan masuk ke kawasan perumahan Tudan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan yang terlalu lama untuk sampai ke rumah mereka dari jalan utama.

“Begitu juga masalah jalan ke Tudan fasa 1- 5, tiada papan tanda yang jelas untuk memudahkan pemandu dan orang luar untuk masuk ke kampung tersebut. Ramai orang mengatakan sekiranya anda masuk kedalam kawasan perumahan Tudan, sudah pasti tersesat jalan dan sukar untuk keluar ke jalan utama.

“Penduduk menyarankan agar jalan alternatif yang masuk dari arah Tudan fasa 5 harus dipercepatkan pembinaannya bagi mengelak kesesakan dan memendekkan jarak perjalanan ke Permyjaya dan Sekolah Merbau,”ujarnya.

PAS berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan Tudan dan sekitarnya agar masalah ini dapat diatasi dengan segera. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan