Penduduk Terharu Menerima Kunjungan

1172

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seorang pesakit ‘diebetes’ yang dipotong kakinya sebulan lalu, terharu menerima kunjungan cakna, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Wakaf Mempelam.

Yati Bin Salleh, 61, yang dilawati oleh Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, beliau tidak dapat lagi bekerja bagi membantu keluarganya.

kunjungan wahid“kaki saya di potong dah sebulan lebih………..saya tidak boleh bekerja untuk menanggung anak dan cucu saya seramai empat orang………yang kecil berusia 9 bulan,

“menantu saya tak balik dah hampir setahun………semua keperluan di tanggung anak saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan,”kata beliau, dengan perasaan sedih.

Beliau yang yang sedang uzur, ditemui dirumahnya di Kampung Wakaf Mempelam berkata, isterinya telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Anaknya, yang turut berada di rumah beliau, mengucapkan terima kasih kerana kunjungan tersebut dan memberikan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan ayahnya.

“terima kasih kerana jenguk kami dan terima kasih juga kepada kebajikan PAS yang menghulur bantuan kerusi roda kepada ayah saya, yang baru keluar hospital,”kata Mariana, 35, yang ‘hiba’ ketika diajukan soalan, tentang perbelanjaannya sekeluarga.

umarDalam program ‘Ziarah Berwawasan’ anjuran Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS DUN Wakaf Mempelam itu, Haji Wahid turut megunjungi seorang pesakit ‘kronik’.

Bahkan beliau sendiri telah membawanya, dengan kenderaan ke Kampung Seberang Marang, untuk mengubati warga yang malang itu.

Umar Kamaruddin, 53, yang tidak di ketahui jenis sakit yang dihidapnya, telah setahun tidak mampu berdiri sedangkan semua anggota badannya masih berfungsi.

Isterinya, Puan Rosnani mengucapkan terima kasih yang tdak terhingga kepada Haji Wahid yang sanggup bersusah payah membantu suaminya.

“terima kasih YB sebab membantu suami saya……..berubat dengan cara lain setelah pihak hospital sendiri tidak dapat mengenal pasti apa penyakit suami saya,”ujarnya yang menambah, beliau mempunyai dua orang anak, yang sulung berumur 19 tahun dan yang kecil berumur 4 tahun.