Penduduk Redang Sambut Baik Manifesto PAS

1805

Oleh : DMS

Pulau Redang, SETIU – Penduduk pulau ini menyambut baik tawaran Manifesto PAS Terengganu yang menjanjikan tawaran, bayaran percuma caj wad kelas tiga percuma di semua hospital kerajaan.

Bagi mereka, ia dapat membantu meringankan beban perbelanjaan, kerana mereka juga terpaksa menaiki bot dan kenderaan darat, sebelum sampai ke hospital.

“mestilah kami suka jika ianya dapat membantu, perbelanjaan untuk naik ke darat pun besar sekarang, naik bot dan kereta di darat,

“sekurang-kurangnya rawaran ini dapat meringankan beban kami orang pulau yang menerima rawatan di hospital,” kata Farahana Maliki, 30, seorang ibu tunggal.

Pandangan beliau turut disokong oleh beberapa lagi penduduk yang bersedia membuat perubahan untuk menerima tawaran PAS, demi kebaikan rakyat.

Sementara itu, rakan beliau, Atimi Rafen, 44, berharap PAS DUN Batu Rakit dapat meneruskan program rawatan percuma perubatan Islam As Syifa secara berkala.

Katanya, aktiviti itu dapat menjimatkan belanja berbanding sekiranya mereka mendapatkan rawatan di tanah besar.

“rawatan percuma ini dapat menjimatkan kos dan kaedah perubatan Islam ini amat baik sekali, boleh membantu meringankan perbelanjaan kami jika membuat rawatan di tempat lain,

“kami ucap terima kasih dan harap ada lagi rawatan seperti ini.” katanya yang ditemu pada Jumaat 25 Ogos.

Sehubungan itu wakil Seiausaha Kerja DUN, Ustaz Khairul Nizam Rozali menegaskan pihaknya akan terus memberikan bantuan kepada penduduk Pulau Redang dengan segala kemampuan yang ada.

Katanya, ia bagi menjamin keselesaan penduduk yang terhimpit dengan pelbagai masaalah ekonomi yang berlaku dengan kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Perubatan Islam As Syifa.