Penduduk Malaysia Antara Yang Kurang Toleransi, Bertolak Ansur Antara Kaum

984
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Tolerance%20composite.png

Tinjauan itu menunjukkan bahawa 20 peratus hingga 29.9 peratus penduduk Malaysia tidak suka tinggal berjiran dengan keluarga yang berbeza bangsa, sekaligus meletakkan Malaysia diletakkan dalam kategori yang sama, setaraf dengan negara seperti Thailand, Filipina, Turkey, Algeria, Morocco, Mali dan Zambia.

Menurut laporan tersebut, tinjauan yang dilakukan bagi menentukan sama ada toleransi kaum mempunyai kaitan dengan ekonomi pasaran bebas turut dibuat di 81 buah negara di seluruh dunia.

Dua pakar Sweden, Niclas Berggren dan Cik Therese Nilsson telah menghasilkan “peta toleransi global” hsil pengumpulan data tinjauan yang didapati dari 81 buah negara tersebut.

Amat mengejutkan, laporan tersebut menunjukkan Malaysia berada di belakang India, Bangladesh dan Hongkong yang berada dalam kategori 40 peratus ke atas dan Indonesia yang berada dalam kategori 30 hingga 39.9 peratus.

Seramai 43.5 peratus warga India, 51.4 peratus warga Jordan, 71.7 peratus warga Bangladesh dan 71.8 peratus warga Hongkong mengatakan mereka tidak mahu tinggal berjiran dengan keluarga berlainan bangsa.

Ini berbanding dengan hanya 9.9 peratus warga Singapura yang dianggap sebagai tidak mengamalkan toleransi kaum.

Untuk mengukur tahap toleransi kaum mereka yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu, peserta diminta mengenal pasti siapa yang mereka tidak mahu sebagai jiran.

Dalam peta itu, negara-negara yang lebih toleran terhadap kaum lain berwarna biru.

Negara dengan penduduk yang kurang toleran terhadap kaum lain diwarnakan rona warna merah yang berbeza.

Dalam peta itu, Malaysia berwarna merah terang.

Negara-negara Inggeris (Anglo) dan Latin dilihat sebagai negara yang paling toleran terhadap kaum lain.