DUNGUN – Penduduk Kampung Shukur, hulu Dungun dekat sini mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Marang yang memberi sumbangan dan membantu mereka membersihkan rumah selepas dilanda banjir akhir Disember lalu.


“emak (pindah) atas bukit……dia tak sihat…..dia OKU (orang kurang upaya)……semalam saya dah bersihkan rumah saya (hari ni) saya tak larat…..saya terjatuh semalam,
“lepas tu pagi ni saya ingat nak bersihkan rumah emak…..lepas tu ada orang beritahu, sukarelawan dari PAS (Kawasan Marang) nak bersihkan rumah leas orang beritahu, cikgu Daud nak tolong,”kata Zalina Abdullah.
Beliau berkata, walaupun kampung tersebut seringkali dinaiki air setiap musim tengkujuh, namun banjir pada tahun ini adalah yang terburuk.
Katanya, beliau terpaksa pindah kali kedua apabila air semakin naik pada jam 10 malam 23 Disember lalu.
http://youtu.be/2ib3Bw8mMLc
“mula-mula dah pindah…….pindah kat balai raya sekolah (Kebangsaan Kampung Shukur) lepas tu pukul 10 malam tu……masa air naik tu, pindah atas bukit sebab kawasan sekolah ‘hapus air’ (ditenggelami air),
“tak selamat duduk di situ, jadi kita pindah naik atas bukit…….tiap-tiap tahun berlaku tapi inilah kali pertama banjir besar ini,”jelasnya ketika ditemui pada Ahad 5 Disember.
Seorang lagi penduduk, Tengku Hamdan Tengku Mahmud mengucapkan syukur kerana tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku walaupun paras air yang naik sehingga mencecah syiling rumah kebanyakan penduduk.


Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Marang Ustaz Sulaiman Sulong berkata, pihaknya telah menghantar dua pasukan bagi membantu mangsa banjir di Kampung terbabit.
Katanya, sukarelawan PAS dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang diketua oleh Cikgu Daud Jusoh [Gambar kiri baju oren] bertindak membersihkan masjid dan rumah-rumah penduduk.
“Manakala sukarelawan dari Pengkalan Berangan melaksanakan program ‘Dapur Rakyat’ bagi menyediakan makanan tengahri kepada penduduk,”katanya



























