Penduduk Kampung Laut Harap Kerajaan Tidak Mungkir Janji

1017

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Tanah Kampung, tidak mahu kejadian kerajaan mengambil tanah rakyat tanpa mengambil kira pandangan orang kampung dan masyarakat setempat, seperti yang berlaku di Kampung banggol Donas berulang

Che Ghani Che Ambak (Gambar kanan – paling kanan) berkata, banyak kemajuan yang dilaksana di kawasan bandar samada mendirikan bangunan, kedai-kedai atau rumah –rumah, tetapi orang kampung tidak mampu memilikinya.

IMG_20150620_203146“Jadi kita tidak mahu di kawasan Kampung Laut kita ini berlaku benda yang sama. Sebab itu kita nak bahawa apa pun projek kerajaan buat, adalah menguntungkan,

“(kepada) masyarakat setempat dan masyarakat Melayu terutamanya, (hendaklah) dijaga supaya tidak berlaku sepertimana yang berlaku di tempat-tempat lain,”jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan penduduk Kampung Laut pada Selasa 16 Jun lalu yang turut dihadiri oleh pegawai kerajaan negeri, termasuk pgawai Menteri Besar sendiri.

Oleh itu, beliau menuntut supaya pihak kerjaaan menepati janji sebagaiaman yang diucapkan dalam pertemuan tersebut.
“Jadi , Alhamdulillah………….. kita tengok bahawa kerajaan telah memberi jaminan bahawa mereka mendengar suara daripada bawah dan mereka berjanji selepas pada ini mereka akan turun balik dengan pelan yang dipinda,

“ ataupun yang mereka akan bentang balik untuk mendapatkan pengesahan daripada masyarakat ataupun dari orang kampung,”ujarnya.

Namun begiu beliau melahirkan rasa kesal kerana, setelah prnduduk kampung ‘bangkit’ mengemukakan bantahan, barulah pihak kerajaan tampil membuat penjelasan.

IMG-20150616-WA0162 (2)“baru beritahu pada kita bahawa mereka membuat perancangan tidak melibatkan masyarakat orang kampung………… itu pun selepas berlakunya desakan daripada pihak yang terpaksa bertindak atas orang kampung atas orang ramai.

“Maknanya kalau kita tidak membuat bantahan, mungkin pelan yang akan turun nanti melibatkan kawasan-kawasan perumahan dan juga kawasan kampung,”kata beliau.

Justeru itu, beliau berharap, kerajaan dapat mengotakan janji-janji dan tidak menghancurkan harapan rakyat.

Beliau berkata, bagi pihak orang kampung, Jawatankuasa Bertindak bersedia untuk berbincang dengan pihak kerajaan.

“Jadi mereka (orang Kampung Laut) memberi harapan kepada pihak terutamanya kepada Jawatankuasa Bertindak untuk berbincang langsung dengan pihak kerajaan.

“Dengan penubuhan jawatankuasa bertindak ini, pihak masyarakat kampung memberi kepercayaan kepada kami untuk terus berbincang dan pastikan bahawa manfaat kepada masyarakat kampung se maksima yang mungkin (dalam pembangunan tersebut),”ujarnya lagi