Penduduk Kampung Gembira Dengan Keprihatinan KAMI – YDP Besut

2042

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT – Penduduk kampung dan warga daerah Besut, sangat gembira dengan keprihatinan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu yang turut sama merasai kesukaran, ujian banjir yang diduga oleh Allah keatas mereka.

Ustaz Wan AzharYang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad melahirkan rasa sukacita atas kesudian pihak KAMI menganjurkan pogram ‘Dapur KAMI’ yang merupakan satu perkhidmatan kepada masyarakat.

Katanya, ia sangat penting terutamanya dalam situasi mereka sedang fokus kepada pembersihan di kawasan rumah masing-masing.

“Alhamdulillah, pada kali ini pihak media KAMI turun untuk membantu berkongsi kesukaran yang dialami oleh masyarakat kita dengan menyediakan sedikit juadah tengahari yang saya kira dapat dikongsi bersama oleh masyarakat kita disini,

“Pergerakkan media KAMI pada kali ini saya tengok, ke kawasan yang paling serius (banjir) pada kali ini dimana sebahagian masyarakat berada dipinggir sungai atau laluan air tadi mengalami satu ujian yang agak besar,”ujarnya.

Dapur KAMI Pak Sik6Beliau berkata demikian ketika berkunjung dan mengecapi hidangan makanan yang disediakan oleh para aktivis KAMI, di Kampung Pak Sik, pada Isnin, 9 Januari.
Ustaz Wan Azhar menambah, petugas PAS Kawasan Besut juga sedang mengagihkan bantuan kepada mereka yang terjejas banjir, terutamanya kepada penduduk luar bandar.

“antara kawasan tumpuan bantuan kita juga ialah di kawasan ini, sebab masyarakat yang agak jauh daripada kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh pihak berwajib,

“agak jauh daripada bandar Jerteh dan Kampung Raja……. (yang) sudah pasti kesukaran itu berlaku kepada mereka,”jelasnya.

Sehubungan itu, kata beliau, kehadiran KAMI dapat membantu para penduduk memenuhi keperluan semasa mereka.

“dalam laporan yang kita (PAS) dapat, mereka (penduduk) rasa gembira dan seronok juga bangga dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh pihak media KAMI,

Dapur KAMI Pak Sik3“dan saya bagi pihak PAS kawasan Besut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu memberikan kemudahan kepada masyarakat kita dalam situasi mereka sedang menghadapi musibah yang agak besar pada kali ini,”katanya lagi.

Beliau berkata, seluruh DUN dalam Parlimen Besut telah dilanda bah pada tahun dan Hulu Besut adalah kawasan yang agak serius, manakala hanya beberapa kampung sahaja yang terbabit di DUN Jertih.

Pada hari yang sama, PAS Kawasan Kuala Terengganu telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan lebih RM30,000, bagi meringankan beban keluarga terbabit dengan musibah itu.

https://youtu.be/bCCxhrafZFo