Kerajaan negeri Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel, menyerang dan membunuh para penegak kebenaran dan rakyat awam di Palestin.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob berkata, kini mereka menodai lagi masyarakat awam Gaza seolah-olah berperang dengan bala tentera yang besar.
Sehubungan itu, kerajaan Kelantan menggesa kerajaan pusat membuat bantahan diplomatik.
“terbaru dilaporkan seramai 72 orang telah syahid sementara ratusan yang lain cedera parah.dan (dengan itu kami) meminta agar pimpinan tertinggi kerajaan pusat mengarahkan melalui Kementerian luar untuk membuat bantahan diplomatik,
“selain menggesa pihak-pihak berkuasa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan keganasan ini dengan kadar segera,”ujarnya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media.
Bagi peringkat negeri Kelantan, beliau berkata, kerajaan sentiasa berdiri teguh bersama-sama umat islam disana bagi mempertahankan Gaza dan Baitul Maqdis serta memohon agar seluruh rakyat di negeri tersebut bedoa untuk Gaza.
“Kami di peringkat kerajaan sentiasa berdiri teguh bersama-sama umat islam disana bagi mempertahankan Gaza dan Baitul Maqdis serta memohon agar seluruh rakyat di negeri ini secara khusus,
“dan rakyat Malaysia amnya agar memperbanyakkan doa dan membaca qunut nazilah untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin dan kehancuran kepada rejim Israe,”katanya.
Justeru itu, beliau mengisytiharkan penubuhan tabung untuk Palestin yang akan dilancarkan Esok.
“Esok, Jumaat 13 Ramadhan 1435 bersamaan 11 Julai 2014, (Kami) akan dilancarkan tabung kemanusiaan khas untuk mangsa-mangsa kezaliman rejim Israel di medan ilmu Kota Bharu.
“Bagi pihak rakyat jelata yang ingin menyumbang bolehlah datang beramai-ramai dengan keperluan kewangan yang mencukupi. ‘Penderitaan Palestin Penderitaan Kami’,”jelas beliau





























