Pendatang Yahudi Bakar Masjid

1573

Pendatang Yahudi disyaki membakar pintu masuk sebuah masjid dalam kawasan diduduki Tebing Barat, selepas peristiwa pendatang Yahudi dipukul dan ditahan oleh warga Palestin pada minggu lalu.

‘Pembakar’ tersebut telah meninggalkan tulisa “orang Arab keluar” dan “Dendam untuk darah tertumpah di Qusra” dalam bahasa Ibrani di dinding masjid di Kampung Deir Istiya pada Rabu, yang terletak di sebelah penempatan haram Ariel di utara Tebing Barat, kata seorang wartawan AFP.

Jurucakap polis Luba Samri berkata dalam satu kenyataan bahawa serangan itu bermotifkan “kebangsaan melampau”.

pokok ditebangWarga Palestin telah memukul dan menahan kira-kira sedozen pendatang Yahusi minggu lepas di Kampung Qusra, berhampiran bandar utara Nablus, dan membebaskan mereka selepas berunding dengan tentera Israel.

Tujuh daripada pendatang telah ditahan kerana disyaki mengapi=apikan keganasan apabila mereka memasuki Qusra dari Esh Kodesh, sebuah kota kara pendudukan haram Israel berhampiran.

Pada 7 Januari insiden di Qusra telah membawa kepada serangan membalas dendam antaranya dua buah kereta berhampiran Nablus telah dibakar dan pokok-pokok telah ditebang dalam bandar timur Arab-Israel di Tel Aviv.

Harta Palestin sering disasarkan oleh pendatang Yahudi yang menjalankan apa yang dipanggil “serangan tanda harga”, biasanya untuk gerakan dalam negeri Israel terhadap aktiviti pendudukan yang tidak dibenarkan di Tebing Barat.

Penyerang juga telah mensasarkan kawasan Islam dan Kristian, dan juga harta Arab di Israel.