Pencerobohan Nelayan Asing: PAS Saran Wujudkan Sukarelawan Maritim

1254

Oleh : Raimi AR

Ekoran kehadiran tidak kurang 200 orang nelayan dari seluruh negara berhimpun di perkarangan parlimen, PAS menyarankan agar kerajaan mewujudkan sukarelawan maritim bagi menjaga keselamatan perairan khususnya di pantai timur Semenanjung.

IMG-20140619-WA0047Himpunan para nelayan terbabit adalah bagi tujuan menyerahkan memorandum kepada kerajaan persekutuan berikutan isu pencerobohan nelayan asing.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ‘rintihan nelayan’ tersebut telah diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Shahidan Kassim.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan segera me andangkan ia adalah isu yang sangat penting.

“(bagi pihak nelayan) kita sudah menyampaikan rintihan nelayan kepada kerajaan dan (hanya) tinggal tindakan daripada kerajaan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul sejak sekian lama itu,”ujarnya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak.

IMG-20140619-WA0052“memandangkan isu ini melibatkan banyak agensi seperti agensi penguatkuasaan maritim malaysia, kementerian buruh serta pelbagai agensi lain lagi.

“Oleh yang demikian penyelarasan yang tegas perlu dibuat bersama-sama agensi ini,”tegasnya.

Mewakili wakil-wakil rakyat pembangkang, Ustaz Khairuddin menjamin penglibatan dan kesediaan mereka mewakili kawasan-kawasan yang terlibat bagi kerjasama dengan kerajaan dalam memperhalusi perkara tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar lesen-lesen nelayan yang telah dikeluarkan, diteliti kerana beliau mendakwa wujud ‘dalang’ di belakang tabir yang mengeluarkan lesen tersebut kepada nelayan asing.IMG-20140619-WA0048

Menurutnya, tindakan yang tegas perlu diambil, kerana ia adalah satu pengkhianatan terhadap negara dan kerajaan perlu meminda undang-undang berkaitan agar pemantau rapi dapat dibuat.

Hadir sama menemui para nelayan yang berhimpun adalah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah.

Datuk Raja Bahrin menyokong penuh cadangan tersebut dan berkata, kerajaan seharusnya mengambil tindakan pencegahan.

“kerajaan seharusnya mengambil tindakan pencegahan (preventing action) dan bukan menunggu masalah itu makin parah barulah mahu ambil tindakan seperti mana yang berlaku di Sabah.

“Sesuatu harus dilakukan bagi memastikan masalah ini diselesaikan dengan segera,”tambah Dato’ Raja