Penamaan Calon PRK Sibu Berjalan Lancar

700

parlimen Sibu adalah tiga penjuru antara calon DAP, BN dan Bebas.

DAP diwakili oleh Wong Hong Leng yang juga wakil rakyat Bukit Assek dalam DUN Sarawak, manakala BN meletakkan Lau Hui Yew dari SUPP manakala Bebas adalah Narawi Haron.

(Gambar – paling kanan, pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali, bersama perarakan mengiringi calon)

Berita Sebelumnya

Penamaan calon bagi pilihanraya kecil parlimen Sibu sedang berlangsung dengan kedua-dua pihak Pakatan rakyat dan barisan nasional telah mengemukakan calon masing-masing.

Pakatan Rakyat yang meletakkan calon DAP Wong Ho Leng, bersama pemimpin pakatan memasuki pekarangan Dewan Suarah pada jam 8.41 pagi, sebelum memasuki dewan untuk penyerahan borang pencalonan.

Kira-kira jam 9.04 pagi, sebaik pusat penamaan calon dibuka Wong dilihat telah memasuki dewan tersebut, diikuti oleh calon BN Robert Lau Jr.

Calon Bebas, Narawi Harun memasuki pekarangan Dewan Suarah dengan diiringi kira-kira 10 penyokong. Beliau sempat bersalaman dengan pemimpin BN ketika melalui khemah khas.

Untuk rekod, statistik jumlah pengundi mengikut kaum berdasarkan daftar pemilih yang dikemaskini pada 9 April lalu adalah Cina mewakili 34,424 (66 peratus), Melayu/Melanau membabitkan 8,866 pengundi (17 peratus), Iban dengan jumlah 7,823 pengundi (15 peratus), Bidayuh dengan 260 pengundi (0.5 peratus), Orang Ulu dengan 57 pengundi (0.11 peratus) dan lain-lain diwakili 73 pegundi (0.14 peratus) – Rakyat Marhaen; Cover It Live 

Klik Untuk Gambar-gambar lain

http://www.youtube.com/watch?v=NAUWyFD-T-g