Pemuda Umno ‘Bacul’!

1386

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS negeri Terengganu menyifatkan pemuda Umno yang membuat laporan polis terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan sebagai ‘bacul’ yang tiba-tiba bersuara.

Ketuanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah dengan sinis mengucapkan tahniah kerana membuat laporan tersebut, sedangkan apa yang didakwa oleh PAS tentang salah laku kepimpinan negara sebelum ini mereka hanya ‘membisu’.

IMG-20160729-WA0034 (2)“Kami Pemuda PAS Terengganu khususnya mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO khususnya (tetapi) kenapakah yang sebelum ini yang kita mendakwa supaya disoal siasat berbilion bilion aset negara (yang hilang),

“kenapakah Pemuda UMNO bacul tidak bersuara…………tiba-tiba yang sekarang ini buat dakwaan (laporan) itu……………..kenapa sekarang baru terkial-kial nak buat ‘report’ polis supaya saman dan sebagainya?”soalnya.
Beliau menegaskan pendirian PAS, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pemimpin tertinggi termasuk Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggesa agar penyiasatan membabitkan kes 1MDB mestilah telus dan adil, didalam negara ini sendiri.

“Pemuda PAS tetap bersetuju bahawa jangan ada campur tangan Amerika dan pendakwaan itu mesti betul. Itu pasti,

Abu-Kassim-Mohamed1“kuasa asing jangan campur urusan negara kita, jangan berlaku seperti (di negara) Yaman, dia sengaja buat insiden untuk memberi ruang kepada Amerika, hasil apa yang berlaku sampai sekarang tak selesai.
“Kita haramkan campur tangan daripada kuasa asing atau kuasa luar ………..jangan campuri urusan dalaman Malaysia,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Idulfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu, pada Khamis 28 Julai.

Sehubungan itu, Timbalannya YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim turut mempersoalkan tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap bekas pegawai tertinggi kerajaan, khususnya terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Katanya, ketiga-tiga mereka mempunyai rekod yang baik sepanjang perkhidmatannya.

Hishamuddin KarimBeliau berkata, tindakan pihak tersebut sebagai kurang sopan kerana laporan polis itu seolah-olah mempertikaikan integriti para pegawai kerajaan yang diperakui oleh rakyat di negara ini.

“Ia memberi imej negatif kepada pegawai kerajaan khususnya yang dinamakan itu mempunyai ‘track record’ yang bagus khususnya Tan Sri Zeti dan Abu Kassim.

“Oleh kerana perkara ini dilaporkan, kita harap kewibawaan nama-nama ini dapat dipulikan dalam masa yang sama imej negara dapat dipelihara dengan menjaga nama baik pegawai-pegawai kerajaan,” katanya.
Mengulas lanjut, ADUN Tepoh itu tidak menolak ketiga-tiganya mungkin diberi tekanan politik terhadap isu yang berlaku.

IMG-20160728-WA0239Beliau berkata, wujud beberapa isu yang berlaku dalam negara diragui dari pelbagai sudut yang memerlukan satu penyiasatan menyeluruh.

“Kita minta pihak berwajib untuk buat penyiasatan. Kita sangat bersetuju dengan pandangan tertinggi PAS supaya dibentuk satu siasatan suruhanjaya untuk dibuat penyiasatan ke atas semua isu yang berlaku khususnya melibatkan nama baik negara,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, Naib Ketua Pemuda Umno telah membuat laporan polis terhadap Zeti dan dua yang lain masing-masing Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail atas dakwaan terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

https://youtu.be/wlHAhEOHqeg

https://youtu.be/RJJhDPmOBTg