Pemuda Sokong KDN Haram Komik Propaganda

1044

Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyambut baik tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenteras penularan komik propaganda tersebut.

Ketua Penerangannya Ustaz Harun Esa berkata, ia adalah tepat kerana penyebaran komik tersebut akan menyemai nilai-nilai fahaman komunisme dan sosialisme dalam diri anak-anak di sekolah.

“Kami mengucapkan tahniah kepada KDN kerana telah mengeluarkan supaya komik tersebut tidak diedarkan kepada semua kerana melanggar akta penerbitan.

“DPPNT menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang terlibat sebagai pengajaran untuk masa hadapan,” Ujarnya.

Beliau yang juga Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS) Dun Manir berkata demikian dalam kenyataannya di laman Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, pada hari ini.

Menurutnya, tindakan Menteri Kewangan memberikan kata pengantar dalam buku propaganda ini merupakan sesuatu yang dilihat amat tidak wajar dan boleh mengancam kepada keharmonian negara.

“Kami tidak akan bertolak ansur kepada sesiapa yang cuba membawa ideologi komunis dalam negara ini. Pengkhianatan sebegini akan merobek keamanan dan kesejahteraan di Malaysia.