Oleh : Zainun Muhamad
KUALA NERUS – Pemuda juga perlu diberi kesedaran tentang politik semasa kerana ia berkait rapat dengan masa depan orang muda dan negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, kecaknaan yang ditunjukan oleh pemimpin Pemuda PAS Terengganu dan Kawasan Kuala Nerus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan anak-anak muda.
“Saya selaku wakil rakyat Bukit Tunggal mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Terengganu,
“mengadakan program ziarah dikalangan pemuda dalam DUN Bukit Tunggal,”ujarnya.


Antara yang dilawati ialah Ustaz Muhamad Syukri bin Awang, yang tinggal di Kampung Seberang Baruh yang menghidap penyakit usus dan akan menjalani rawatan di Hospital Sultanah Zahirah,Kuala Terengganu pada 9 Mac depan.
Sehubungan itu, Dr Alias yang juga Timbalan Pseuruhaya 1 PAS Terengganu mengucapkan tahniah diatas usaha yang murni itu.
“semoga aktiviti ini diteruskan disepanjang masa,”tambahnya.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Timbakan Ketua Pemuda Terengganu yang juga ADUN Tepoh Ustaz Hishammuddin bin Abdul Karim.




























