Pemuda PAS Terus Memacu Muafakat

109

Minggu ini Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dihujani dengan pertanyaan tentang usul kesepakatan lapan bahagian Umno Terengganu yang begitu jelas menolak sebarang kerjasama baik dari Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) di negeri Terengganu. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu DS Ahmad Said.

DPPNT sangat menyanjung tinggi cita-cita pemuafakatan antara parti orang melayu yang telah digagaskan oleh DS TG Presiden PAS sejak lama dahulu.

Jika ditanya tentang pendirian DPPNT kepada kenyataan UMNO Terengganu ini, sudah pasti kita tidak akan membelakangi gagasan yang dicetuskan oleh TG Presiden PAS dan akan terus menjadi jambatan paling utuh kepada kejayaan muafakat di Terengganu ini.

Walaupun demikian, DPPNT juga tetap bersedia untuk menjadi benteng paling hadapan dalam mempertahankan kerajaan PN yang telah dibina diatas runtuhan kerajaan Zalim PH dan kerajaan sebelumnya. Bak kata pepatah kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Seharusnya dalam keadaan yang genting ini, semangat muafakat perlulah diperkukuhkan dan persefahaman perlu ditingkatkan. Janganlah hanya satu pihak sahaja yang berusaha untuk mempertahankan muafakat ini.

Bukankah tanpa muafakat ini dahulunya kita tertindas dengan zalim? Melayu dinafikan haknya, Islam cuba dikikis kedudukannya sedikit demi sedikit dalam negara. Tetapi selepas merasai kuasa yang sedikit dalam PN mereka terlupa semua itu.

Janganlah kerana pangkat, kuasa dan harta kita sanggup melihat PH kembali berkuasa, yang didalamnya ada PKR dan DAP yang sangat orang melayu takuti. Janganlah diikut bisikan syaitan Jin dan Manusia yang sentiasa menolak perpaduan ini.

Akhirnya DPPNT menyeru kesemua organ muda dalam perpaduan ini untuk terus menggerakkan agenda muafakat ini dan menolak keras sebarang usaha yang bakal menggagalkannya.

Ayuh bersatu!!!

Pertahankan PN
Perkasakan MN

Mohd Harun Isa
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu