Pemuda PAS Mesti Teguh Dengan Prinsip Islam

972

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata musuh-musuh Islam dan sekutu Amerika Syarikat amat takut jika undang-undang syariat Islam dilaksanakan.

“Musuh-musuh Islam, Amerika Syarikat dan konco-konconya amat gerun jika syariat dan hukum Islam dilaksanakan di dalam sistem pemerintahan……. apabila undang-undang Islam dilaksanakan, maka seluruh aspek pemeritahan,

IMG-20150301-WA0049“ekonomi, pendidikan dan seluruhnya akan menzahirkan keindahan Islam. Mereka takut masyarakat akan lihat sendiri keadilan Islam yang syumul,”ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau kali ke-27 pada Ahad, 1 Mac.

Oleh itu, beliau menegaskan, melaksanakan syariah adalah menjadi strategi untuk menghadapi pilihanraya.

Beliau turut mendakwa, bahawa -musuh-musuh tersebut akan bertindak menimbulkan keraguan dan syubhat kepada hukum Islam itu sendiri.

“Laksanakan Islam akan jadi mundur, Islam itu ganas malah hukum Islam tidak sesuai dengan zaman ini. Itulah yang sering dimomokkan bagi menakutkan dan memberi imej buruk terhadap Islam.

“Kita harus faham, hukum Islam itu sangat luas dan bukan hanya sekadar hudud dan qisas sahaja”, ujar beliau lagi.

IMG-20150301-WA0050Dengan semangat membara, Khalil yang juga Penolong Setiausaha Pemuda PAS Terengganu menyeru para pemuda untuk terus istiqomah dengan perjuangan Islam dan menjadi tonggak penting kepada jemaah Islam.

“Saya menyeru dan mengharapkan agar pemuda sekalian menjadi pendokong serta memastikan dasar Islam terus dijaga di dalam jemaah kita. Ini kerana kita sayang kepada parti kita. Kita mahu perjuangan kita ini mendapat pahala dari Allah SWT,”jelasnya.

Harus difahami bahawa perjuangan Islam yang ikhlas, kata beliau, pasti akan diganjari pahala dan ganjaran besar dari Allah. Sudah tentu orang yang inginkan pahala akan meneruskan kerja-kerja untuk membantu kemenangan Islam tanpa lelah.

“Kemenangan itu dari Allah. Itulah yang kita yakini. Tahaluf kita di dalam Pakatan Rakyat merupakan strategi untuk meraih kemenangan. Kemenangan itu pasti akan tiba kelak kepada kita apabila tiba saatnya.

“Namun yang pasti, kita akan terus kukuh berpegang dengan dasar Islam ini yang menjadi tonggak perlembagaan parti kita demi meraih kemenangan di sisi Allah,”ucap Khalil mengakhiri ucapannya.