Pemuda PAS Malaysia Akan Anjur Perhimpunan ‘Selamatkan al-Aqsa’

1420

MARANG – Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan dan jelajah siri penerangan tentang isu masjid al-Aqsa dalam usaha mempertahankan kesucian masjid yang menjadi ‘kiblat’ pertama umat Islam itu.

Timbalan Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, isu al-Aqsa adalah amat penting dan menyeru semua pihak agar memberikan perhatian terhadap perkara tersebut.

IMG_20150927_115204“isu (al-Aqsa adalah isu) yang panas pada hari ini, yang mungkin kita semua terlepas pandang, apabila rejim Israel melakukan rempuhan dan menceroboh masjid al-Aqsa,

“saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin umumnya dan isu masjid al-Aqsa secara khususnya adalah merupakan isu yang utama kepada umat Islam,”ujarnya ketika ditemui semalam, 26 September di sini, pada Majlis Korban Perdana Ma’ahad Darul Quran.

Menurutnya, walaupun banyak isu-isu lain seperti isu pembunuhan umat Islam dalam pertelingkahan di negara Syria dan isu peperangan di negara Yaman, pencerobohan keatas masjid al-Aqsa tidak boleh dibiarkan.

Oleh itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan siri program bagi memberikan kesedaran kepada umat Islam di negara ini.

karpet al-aqsa terbakar1“kita akan memberikan kesedaran kepada umat Islam di Malaysia melalui ‘road show’ (jelajah) ceramah-ceramah yang terdekat ini,

“dan in sha Allah kami juga akan membuat satu perhimpunan di Kuala Lumpur untuk kita membangkitkan isu ini supaya umat Islam Malaysia terus memberikan perhatian,”jelasnya.

Pada 15 September lalu, media antarabangsa melaporkan warga Palestin telah bertempur dengan tentera Israel di Masjid Jerusalem Al-Aqsa untuk hari ketiga berturut-turut, kerana tentera Israel telah menceroboh dan dilihat berada di atas bumbung tempat suci itu.

Presiden Hal Ehwal Baitul Maqdis Suleiman Ahmad, yang berada di tempat kejadian, memberitahu agensi Al Jazeera bahawa sekurang-kurangnya 36 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran awal pagi tersebut.

Polis Israel telah membenarkan aktivis Yahudi melawat halaman masjid, yang menimbulkan kemarahan rakyat Palestin kerana mereka bimbang Israel mengubah peraturan mengenai lawatan di perkarangan Al-Aqsa.

karpet al-aqsa terbakarKetua Pergerakan Murabitun al-Aqsa Yousef Mukhaimar, memberitahu bahawa umat Islam Palestin telah berkali-kali dihalang daripada memasuki masjid untuk beribadat, sebaliknya pendatang haram Israel “dibenarkan memasuki masjid dan berkeliaran dengan bebas di bawah perlindungan polis”.

“Kawasan luas (yang ditutupi) permaidani (merah) masjid (al-Aqsa) telah terbakar akibat daripada polis Israel menembak bom, peluru dan gas pemedih mata di dalam kawasan masjid,” kata Mukhaimar.
https://youtu.be/ZP96LBxDjjI