Pemuda PAS Kawasan Besut Sumbang Kerusi Roda Kepada Mangsa Kemalangan

1018

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT – Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada mangsa kemalangan jalan raya.

DPPKB yang diketuai oleh Timbalan DPPKB, Saudara Hafiz Yusoff menziarahi Nur Alif Salleh, 19 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dia patah kaki dan tangan kanan.

Alif Salleh telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada dua bulan lepas di Kuala Besut.

Sebuah kerusi roda telah disumbangkan kepada Alif Salleh di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Besut agar ianya dapat memudahkan pergerakan seharian.

DPPKB turut menziarahi saudara Mohd Faris, 33 di Kampung Sri Kemunting, Besut yang menghidap Kanser Perut tahap 4.

Mohd Faris disahkan menghidap Kanser Perut pada bulan Ramadan tahun ini sehingga menyebabkan beliau tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa.

DPPKB turut menyampaikan sumbangan duit bagi meringankan bebab Mohd Faris.

“Saya berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang diuji oleh Allah.

“In shaa Allah kami daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut akan terus cakna kepada pemuda yang sakit”, ujar Hafiz Yusof.

Turut serta dalam aktiviti ziarah ini ialah Setiausaha DPPKB, Syamri Razak.