Pemuda PAS Jangan Membazir Masa

232

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT – Pemuda PAS dinasihatkan agar jangan membuang masa dan memanfaat kehidupan seharian, agar gerak kerja Islam terus berjalan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Harun Esa berkata anak muda di semua peringkat perlu sentiasa berfikir membantu agama Islam.

“memerah idea, apa yang perlu dilakukan bagi membantu perjuangan dan memenangkan Islam,” ujarnya.

Beliau berkta ketika berucap pada program Taujihat Bersama Pemuda PAS Besut di Markaz Tarbiah Kampung Baharu, Besut pada Jumaat, 21 Januari

Menurut beliau, menjadi keutamaan kepada semua organisasi di bawah DPPNT, bersiap siaga mempertahankan kemenangan PAS di negeri ini.

“Kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 tidak lama lagi dan gerak kerja kita perlu disusun mulai sekarang.

“Antara perkara yang perlu diambil berat oleh Pemuda PAS ialah bagaimana cara untuk menarik minat pengundi muda 18 tahun untuk mengundi PAS nanti.

“Oleh sebab itu kita tidak boleh membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah,” tegas beliau

Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Besut, Saudara Hakim Zulfikri Awang