Pemuda PAS cedera, pisau tertusuk betis akibat lembu meronta

100

HULU TERENGGANU – Ketua Pemuda PAS DUN Telemong, cedera pada betis kanan akibat terkena pisau ketika menyembelih korban di Kampung Matang, dekat sini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi Isnin, lembu korban yang meronta secara tiba-tiba menyebabkan pisau dipegang Mohamad Yusuf Abdullah, 34, tertusuk betisnya.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Telemong, Mohd Safari Abu, berkata Mohamad Yusuf dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan.

Mohd Safari berkata, dia difahamkan Mohamad Yusof, kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

“Lembu pertama disembelih dengan lancar namun lembu kedua tiba-tiba meronta-ronta,” katanya.

Menurutnya, menjadi rutin Mohamad Yusuf setiap kali Aidiladha akan dijemput untuk menyembelih korban di beberapa kampung dalam DUN Telemong. Media