Pemuda PAS Akan ‘Berkubu’ Di Pengkalan Kubor

1246

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam keadaan bersiap sedia, untuk menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) N.01 Pengkalan Kubor yang bakal diadakan pada 25 September ini.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, tambahan pula pemuda PAS kita baru sahaja selesai program Himpunan Pemuda Islam Negeri Terengganu (HIMPIT) yang dihadiri lebih 2,000 orang.

“kehadirannya (HIMPIT) sangat memberangsangkan dan mengejutkan kita diperingkat negeri dengan semangat anak muda yang berkobar-kobar.

IMG_20140909_091235“Dan kita sudah bersedia menunggu arahan daripada pimpinan tertinggi dan in sha Allah tidak ada parti yang memerintah dan menjadi pimpinan,

“kita akan mengikut apa yang diperintahkan oleh pimpinan dan sekiranya PAS bertanding, memang kita akan berkubu disana untuk sama-sama memenangi PRK tersebut,”jelasnya bersemangat.

Ditanya tentang peluang Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS pada PRK itu, beliau yakin ada ruang kepada PR merampas kembali kerusi tersebut.

“peluang yang ada sekarang ini dengan melihat momentum PRU 13, in sha Allah akan memberi ruang kepada PR untuk mengambil balik kerusi yang telah dua kali dimenangi oleh PAS sebelum berpindah kepada PKR,

“dan kita meneliti kekuatan UMNO disitu dan puncanya (kerana) daripada bekas wakil rakyat yang agak mesra rakyat dan masyarakat.

“dengan meletakkan calon kita tawarkan nanti (mestilah sesuai) dari sudut keupayaan untuk mendapatkan kemenangan itu nanti……kita akan bekerja keras untuk memberi kemenangan itu,”jelasnya.