Pemilihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bermula hampir serentak apabila DPPM memulakan kira-kira pukul proses pengundian pada 11.15 pagi.
Manakala DMPP menangguhkan muktamarnya ldebih awal kira_kira jam `11 pagi untuk memberi laluan kepada proses pengundian.


Sementara itu DMPP melihat pemilihan pada tahun ini ‘retro’ pertembungan dua tahun lalu apabila Siti Zailah sekai lagi bertarung melawan UstaZah Nuridah Salleh.
Menurut Mantan Ketua Penerangan DPPM, Dr Riduan Mohd Nor, muktamar DPPM kali ini memilih 12 daripada 26 exco DPPM.
Yang menariknya, kata beliau, pemilihan DPPM kali ini menyaksikan ‘pelbagai jalur’ aktivis dari sayap penting PAS itu.
“Pemuda akan pilih 12 daripada 24 exco pada muktamar kali ini, dengan calon-calon pada kali ini ramai di kalangan muka-muka baru dan dari ‘pelbagai jalur’, “ujarnya.
Dalam pada itu, Seramai 638 perwakilan Dewan Muslimat PAS memulakan undian bagi menentukan barisan kepimpinan tertinggi sayap PAS itu kira-kira pukul 11.15 pagi Khamis.
Pengundian dilakukan mengikut negeri-negeri sehingga pukul 1 petang.
Kertas undi bagi setiap jawatan akan diwarnakan mengikut warna tertentu bagi melicinkan proses pemilihan tersebut.
Antara jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan ini adalah Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Dewan, Timbalan Ketua Dewan, Naib Ketua Dewan (masing-masing 1 jawatan), Pemeriksa Kira-Kira (2 jawatan ) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (12 jawatan).




























