Oleh : Faizal Ghani
MARANG – Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) mendapat Ketua Baharu apabila Ustaz Yusuf Abdul Hadi dilantik mengemudikan sayap kanan PAS bagi Parlimen Marang.
Beliau yang menjadi ahli jawatankuasa sebelum ini telah mendapat undian paling tinggi dalam pemilihan pada Mesyuarat Agong Pemuda PAS Kawasan itu kali ke 33 semalam.
Sebaik keputusan diumumkan, Yusuf yang menggantikan Ustaz Sulaiman Sulong berikrar akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
“Saya sebenarnya tidak layak, yang mana orang yang bersama saya mereka ini (ada yang) lebih layak,
Beliau berkata demikian dalam ucapan sulongnya pada mesyuarat tersebut yang telah berlangsung di Dewan Maahad Tahfiz Al Busyra, Masjid Pengadang Baru, Jumaat 10 Mac.
Beliu turut berdoa agar pilihan itu mendapat keberkatan dari Allah jua.
“Insyaallah setiap gerak kerja kita mudah-mudahan Allah swt memberi ganjaran yang besar di sisiNya dan kita semua diberi keberkatan oleh Allah SWT,” ujar anak yang ketujuh, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, mantan Ketua DPPKM Ustaz Sulaiman Sulong menghargai segala sumbangan pasukannya pada pada sesi lalu.
“bagi menjayakan aktiviti serta jawatankuasa panitia muktamar agong tahunan yang bertungkus lumus untuk menjayakan mesyuarat agong malam ini,” jelas beliau.
Sepuluh orang lain yang terpilih, merupakan gandingan muka lama dan baharu akan bersama-sama menggerakkan DPPKM untuk tempoh dua tahun akan datang.
Mereka adalah, Ustaz Ziyad Zakaria, Sabri Zakaria, Aswadi Mohamad, Fazrul Ismail, Azmi Amiruddin, Ismail Sapia, Mohd Fakhurudin Yasin, Ust Bunyamin, Ahmad Nazirul Ismail dan Azlan Abdul Wahab.