KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu mengecam tindakan Sarawak Report yang tidak beretika dan keji dan disifatkan menyalahi etika kewartawanan sebenar.
“pada hari ini kami mewakili Dewan Pemuda PAS Terengganu datang buat ‘report’ (laporan) polis atas tindakan yang tidak beretika dan keji daripada ‘Sarawak Report’ yang menyalahi kewartawanan sebenarnya.
“Kita melihat kalau gejala ini berterusan mungkin boleh memusnahkan keamanan dan kedaulatan negara. Adu domba yang dilakukan boleh memusnahkan sistem negara ini,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media, ketika ditemui selepas membuat laporan polis di bala polis Kuala Terengganu pada Selasa petang, 9 Ogos.
Tegasnya, tidak ada pemimpin PAS yang terlibat dengan rasuah sebanyak RM90 sebagaimana didakwa oleh ‘Sarawak Report’
“saya harap pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang menuduh kepimpinan parti PAS Islam SeMalaysia (PAS) ini.
“Kepimpinannya terlibat rasuah atau diberi suapan oleh Perdana Menteri sebanyak RM90 juta. Perkara ini tidak masuk akal langsung, sejak dulu sampai sekarang kita diajar supaya berkorban, berdikari. Tiba-tiba ucapan tidak bertanggungjawab ini di halakan kepada kepimpinan kami,”jelasnya