Pemuda Diseru Hidupkan Silaturrahim, Kuatkan Ukhuwah dan Jamaah

2343

KUALA TERENGGANU – Eidul Adha disambut secara sederhana, tetapi meriah oleh majoriti rakyat negeri Terengganu, dengan kepulangan sanak saudara bagi bersama-sama melaksanakan ibadah korban dan kunjung mengunjung.

IMG_20150925_092043Walaupun dikebanyakan tempat, jumlah binatang korban, lembu, kerbau atau kambing yang disembelih bagi memperingati pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail berkurangan, namun ia tetap diadakan dalam kadar yang semampunya.

Di Marang, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyembelih dua ekor kerbau dan seekor lembu, di perkarangan masjid Rusila, seusai beliau mengimamkan solat sunat Eidul Adha.

Menurut petugas media Zam zam Zakaria, semuanya empat ekor korban yang telah disempurnakan oleh Ustaz Hadi diagih-agihkan kepada penduduk sekitar masjid dan Kampung Rusila.

“Tuan Guru sembelih empat ekor semuanya, 2 ekor kerbau dan seekor lembu adalah bagi pihak beliau dan keluarganya dan seekor dari bahagian orang ramai,

IMG_20150925_091923“bahagian beliau dapat daging sebanyak 450 kilogram dan diedarkan sendiri oleh anak-anaknya kepada orang kampung,”ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah turun bersama-sama penduduk kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang untuk melakukan ibadah korban.

Sebanyak 14 ekor lembu dan seekor kerbau berjaya ‘direbahkan’ melibatkan beberapa buah kampung sekitar DUN berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Marang sebelum pada itu telah menyampaikan Khutbah Eidul Adha di masjid Kampung Rhu Muda.

“Kita perlu memahami dan menyelami pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS serta anakanda baginda Nabi Ismail AS dalam peristiwa korban,” pesan beliau ketika menyampaikan khutbah tersebut.

IMG_20150925_091742Khalil turut memberi peringatan bahawa perlunya pengorbanan dari segi jasad, roh dan harta. Beliau mengingatkan lagi ibadah haji dapat menyamaratakan antara pemimpin dan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Marang, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata kisah nabi Ibrahim dengan anaknya nabi Ismail, menjadi asas kepada perayaan Eidul Adha, yang mengajak manusia memahami erti pengorbanan bagaimana untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah.

Ketua Penerangan PAS Terengganu itu berkata, pengorbanan dalam Islam bukanlah hanya menyembelih lembu, kerbau, unta ataupun kambing sahaja.

“itu hanyalah ritual dan sebagai lambang ibadat kita sahaja. Akan tetapi pengorbanan yang sebenar ialah mempertaruhkan segala yang kita ada termasuk nyawa kita hanya kepada Allah,

IMG_20150925_091550“dengan hati yang ikhlas setelah kita mengetahui, memahami serta mengamalkan segala perintah Allah yang telah diturunkan kepada kita,”jelas ketika ditemui selepas melaksanakan ibadah korban

Di Kuala Nerus, ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim telah menyempurnakan ibadah korban penduduk Kampung Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot.

Katanya, sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih hasil pemuafakatan dan anjuran PAS Cawangan Tanjung Gelam.

“hari ini…..di (Kampung) Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan, penyertaan dari kalangan penduduk Kampung yang dianjurkan oleh PAS Cawangan berkenaan,

“daging korban telah diagih-agihkan kepada seramai penduduk sekitar,”ujarnya

IMG_20150925_091445Manakala di Hulu Terengganu, ADUN Manir Ustaz Hilmi Dato’ Harun turut sama menyembelih binatang korban di beberapa buah kampung.

Beliau yang juga adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu menyeru agar para pemuda dapat bersama-sama masyarakat setempat, bergotong royong melaksanakan ibadah korban.

“kita harap para pemuda beristiqamah……….. dapat bersama menghidupkan silaturrahim dan ukhuwah agar jamaah PAS menjadi kuat,

“ambil peluang ‘musim korban’ ini untuk para pemuda memberikan khidmat kepada masyarakat dimana walaupun mungkin tidak mampu untuk menyertai ‘bahagian’ korban tapi dapat mengambil bahagian dalam kerja-kerja bagi ‘saham’ menuju akhirat,”ujar beliau