Pemuda dan Muslimat PAS mengucapkan Selqmat Menyambut Hari Raya Eidulfitri kepada semua rakyat Malaysia dengan mengekalkan semangat dan daya juang Ramadhan sepanjang masa.
“Hati yang sejahtera dengan taqwalah akhirnya yang didamba. Itulah impian kita umat Ramadhan. Justeru kekalkan semangat Ramadhan sepanjang hidup kita.
“Mari bersama kita berdoa pada hari raya penuh kemuliaan ini untuk saudara kita umat Islam di seluruh dunia semoga dilepaskan daripada segala kesusahan, kesukaran dan kezaliman,”ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata Hari raya adalah hari kesyukuran besar dan kegembiraan di atas nikmat hidayat yang dikurniakan Allah ke atas umat Ramadhan yang telah berjaya menjalani proses pembersihan jiwa.


Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya mengecapi tarbiyyah Ramadan.
“Mudah-mudahan ia dapat meningkatkan iman, taqwa dan daya juang kita semata-mata kerana Allah (yang) jua memandu kita untuk meneruskan aktiviti kehidupan sejajar dengn titah perintah Allah SWT jua.
“Islam juga mengajar kita bahawa Eidulfitri adalah hari kemenangn anugerah Allah kepada umat islam yang berjaya melawan hawa nafsunya di bulan Ramadan,”katanya.
Oleh itu, beliau berharap, umat Islam mempastikan Eidul Fitri itu disambut mengikut adab-adab Islam, agar dengan itu umat islam sentiasa terpelihara dan mendapat pahala serta kasih-sayang Allah SWT jua.





























