Pemuda Bantu Ibu Tunggal Empat Anak, Sarat Mengandung

940

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) membantu seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak dan sedang sarat mengandung.

Ketua DPPKB Hakim Zulfikri berkata, Nurul Atikah tinggal menyewa setelah kematian suami pada Ogos 2020 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Padang Luas, Jerteh.

“Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci rumah inap desa hilang punca pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan,

“DPPKB turut menyampaikan sumbangan makanan keperluan asas yang berupa makanan dan toto kerana dia baharu sahaja berpindah rumah,” ujarnya

Hakim berkata demikian selepas menziarahi rumah Nurul Atikah Hassan di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut pada pagi 29 Januari 2021.

“inshaaAllah Dewan Pemuda PAS akan membantu apa saja keperluan yang diperlukan Nurul Atikah.

“Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi pihak kami di talian 017-9896898 bagi memudahkan urusan tersebut,” ujarnya.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ahli Jawatankuasa DPPKB