Pemimpin Umno Tidak Cekap, Boros dan Khianat Mengurus Negeri

1385

KUALA TERENGGANU – PAS mahu kembali memerintah negeri Terengganu untuk melaksanakan syariat Allah, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan mengurangkan perbelanjaan boros yang tidak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya 1 YB Dr Alias Razak yakin, dengan usaha yang diambil dan tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan, tidak mustahil PAS akan menang pada pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.

20151014_105313 (2)“Dari segi usaha-usaha kita, satu perkara yang tidak mustahil menduduki wisma darul iman (dengan) kita fokus dalam perjuangan kita, dan kita akan menguasai Wisma Darul Iman dengan tujuan (untuk) memartabatkan syariat Allah Ta’ala.

“Bukan kita (hendak) berebut nak jawatan tinggi dalam kerajaan (dan) bukan nak projek yang lumayan……..tapi kita nak melaksanakan amanah Allah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan 300 peserta program Taklimat Penerangan dan Isu PAS negeri Terengganu di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu pada Rabu 14 Okober.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu, PAS Terengganu telah menetapkan 7 strategi, bagaimana untuk merelisasikan hasrat ‘Harapan Untuk Semua’ dalam ‘Peta Perjalanan’ menuju Wisma Darul Iman (Road Map To Wisma Darul Iman).

Mohd Nor Talimat IsuSehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika mengulas isu-isu terbaru kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berkata, Allah melarang orang Islam menyerahkan pengurusan kepada pemimpin yang tidak cekap.

Beliau menyimpulkan pemimpin Umno sebagai tidak cekap dan mengurus negeri Terengganu dengan ‘boros’ dan bersifat khianat.

Pergolakan Umno negeri Terengganu juga, menurut beliau, menyebabkan wujud kem-kem pemimpin dalam kerajaan yang menggagalkan projek-projek pembangunan untuk rakyat.

“Jangan kamu serahkan harta yang Allah pertanggungjawabkan kepada kamu sebagai khalifah dimuka bumi ini kepada pemimpin Umno yang tidak cekap,

20151014_105920“Yang kedua, boros, UMNO mentadbir dengan boros dan yang ketiga, khianat. Dan yang terakhir, kita mesti tahu bawa bahawa UMNO tidak lagi berupaya mentadbir dengan pergolakan dalaman UMNO itu sendiri,”jelasnya.

Antara ketidakcekapan pemimpin Umno mengurus adalah kata beliau, dalam kes pengambilan semula tanah penduduk Kampung Banggol Donas dan tanah penduduk Kampung Pasir Putih.

“tanah Kampung Banggol Donas tidak diselesaikan pengambilan semula, tidak diwartakan terlebih terlebih dahulu, tetapi projek pembinaan telah dijalankan,

“tanah Kampung Pasir Putih tidak disempurnakan pengambilan balik, geran asal penduduk tidak ditarik semula dan persempadan baru tidak diselesaikan,”ujarnya