Pemimpin Tiada Integriti Menyebabkan Rakyat Sengara

175

KUALA TERENGGANU – Pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti, akan mengakibatkan rakyat berada dalam kesengsaraan dan menjejaskan pembangunan ekonomi negara.

Oleh itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman YB Tuan Che Alias Bin Hamid berkata, menyokon Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Rakyat.

“bagi mengekang budaya rasuah dan akan melahirkan wakil rakyat yang berintegriti demi kestabilan politik untuk jangka masa yang panjang.

“Ahli politik yang menjadi wakil rakyat mempunyai amanah dan tanggungjawab ke atas rakyat dan orang bawahannya yang perlu ditunaikan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, sempena Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang diluluskan oleh parlimen semalam 28 Julai 2022.

Kata beliau, yang juga Ahli Parlimen Kemaman l, isu lompat parti dalam kalangan ahli dewan rakyat seharusnya dilihat dari sudut kejujuran, kesetiaan dan disiplin.

“Seseorang yang berada pada kedudukan yang tinggi dari sudut kepimpinan sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada orang lain.”tambah beliau.

Justeru, beliau harap pindaan RUU tersebut memberi keutamaan dalam memastikan pemimpin ahli parlimen yang akan bertanding pada pilihan raya adalah ‘bersih’

“bebas rasuah dan berintegriti bag melaksanakan tanggungjawab demi kemashalatan rakyat.” ujarnya.