Kongres yang di anjurkan oleh Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (ESAM) Turki adalah merupakan program tahunan yang turut menghimpunkan pemimpin utama gerakan Islam sedunia, termasuk pemimpin minoriti umat Islam.
Presiden PAS Dato ‘Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili gerakan Islam Malaysia bersama pemimpin gerakan Islam lain bagi membincangkan agenda utama yang akan memberi tumpuan kepada persoalan pokok ‘order baru dunia’ yang lebih saksama.
[Gambar – Ustaz Hadi dalam satu rancangan televisyen Turki, TV5 Harber yang menjadi penyiar rasmi Kongres Keatuan Antarabangsa Komuniti Muslim Kali ke-22]
Antara pemimpin lain yang akan menyertai Kongres itu adalah pemimpin Parti an-Nahda Tunisia Rashid Ghanouchi, pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan Khalid Meshal, Presiden Ikhwan al-Muslimin Mesir, Mohammed Badii, pemimpin Jama’at islami Pakistan Syed Munawwar Hassan, dan pemimpin Ikhwan al-Muslimin Syria Riyadh al-Sakfa.
Menurut laman penyiar rasmi Kongres tersebut, TV5 Harber, turut dijemput untuk memberikan ucap utama adalah Presiden Mesir Dr Mohammed Mursi dan Presiden Iran, Ahmadinejad.





























