Terengganu, Malaysia

Pemimpin dan Ahli PAS Hadir Majlis Dr. Mahathir Tidak Akan Dikenakan Tindakan Disiplin.

Pemimpin dan Ahli PAS Hadir Majlis Dr. Mahathir Tidak Akan Dikenakan Tindakan Disiplin.

KUALA TERENGGANU – Pemimpin dan ahli PAS yang hadir pada Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia, tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengesahkan tiada sebarang pelanggaran disiplin parti dibuat pihak terlibat walaupun kaedah yang mahu dibuat pihak penganjur untuk menyingkirkan Perdana Menteri tidak selari dengan pendirian PAS.

IMG_20160306_001436Menurutnya, kehadiran kesemua mereka itu termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali adalah atas dasar peribadi dan apa yang penting, Pas cukup jelas untuk mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi.

“Dia (Mustafa) pergi atas peribadi. Dia dijemput. Tiada (isu langgar disiplin). Yang dia buat tidak bertentangan apa-apa pun,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Kali Kedua PAS Kawasan Hulu Terengganu di Markaz Tarbiah PaAS Kubang Lembek, di sini, semalam.

Selain Mustafa, turut hadir dalam deklarasi tersebut adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

IMG_20160306_001957Datuk Mustafa memberitahu media semalam bahawa kehadirannya tidak mewakili PAS sebaliknya atas urusan peribadi manakala Dr. Khairuddin pula memberitahu kehadirannya mendapat keizinan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Dr. Khairuddin tetap menegaskan, bahawa sebarang gerakan menukar Perdana Menteri hendaklah dibuat melalui pilihan raya, selaras dengan pendirian dibuat PAS.

“kalau turun Najib…..naik siapa? Zahid Hamidi? Hok tu le je (yang sama juga)…..naik Muhyiddin? lebih kurang juga, naik Dr Mahathir semula ke? Hok tule juge!

“kita bukan nak tukar Najib…..tatapi kita nak tuar sistem itu (yang zalim) sebab itu kita menyatakan, nak tukar sistem tunggu pilihan raya, samada nak tukar PM ke……nak tukar wakil rakyat ke……nak tukar kerajaan ke…..tunggu pilihanraya!,”jelasnya.

KhairuddinTetapi, kata beliau, Dr Mahathir mahu menukar Najib skarang supaya Umno boleh masuk pilihan raya akan datang dengan gagah dan kuat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hi-Tea anjuran Muslimat PAS DUN Tepoh, di Kampung Tok Jiring, semalam Sabtu 5 Mac.

PAS sebelum ini menolak pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir dalam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia, Khamis lalu.

Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebaliknya PAS mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan.

Sementara itu, dalam konvensyen bertajuk Tarbiyah Tunjang Istiqamah, Idris yang juga Ketua Lajnah Tarbiyyah Pas Pusat membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Istiqamah: Antara Tanggungjawab dan Cabaran’ dan pembentangan kertas kerja 2 oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Selangor bertajuk ‘Baina Al-Qiayaadah Wa Al-Jundiyyah’.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan