SETIU – Warga emas Jusoh Deraman yang dikenali sebagai ‘Pok Soh Kapok’, dari Kampung Bukit Tanah, Jabi, dekat sini, hidup serba kekurangan kerana kurang berkemampuan.
Beliau berkata, walau pun baru siap mendirikan rumah, namun binaan yang menjadi tempat beliau serta lapan anaknya berteduh itu, sebenarnya hanya sebuah bangunan empat persegi tanpa bilik.
Beberapa ketika dahulu, Pak Soh memiliki seekor beruk yang membantu beliau memetik buah kelapa, untuk mencari rezeki.
Namun kini, Pak Soh tidak lagi berupaya untuk melakukan kerja berat kerana uzur.
Sukarelawan Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT) telah menggerudi air dalam tanah dan berjaya membekalkan keluarga Pak Soh dengan air bersih.
Bersama lima yang lain, Pengerusinya Dr Suhazeli Abdullah berkata, ia adalah usaha pertama bagi NGO tersebut dalam negeri ini.
“Yayasan Amal Cawangan Terengganu berjaya menyiapkan pemasangan Boreng Air kepada sebuah rumah keluarga miskin pagi ini.
“program yang julung kali diadakan ini mendapat kerjasama padu dari pihak Majlis Tindakan DUN Jabi dan Jabatan Amal negeri Terengganu,”ujar Dr Suhazeli ketika ditemui pada Jumaat 19 Disember.
Oleh kerana itu, Pak Soh mengucapkan terima kasih atas usaha kebajikan pihak YAMCT dan kepada pihak yang menyumbang yang membantu keluarganya.
“saya ucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Yayasa Amal serta PAS Dun Jabi atas sumbangan yang diberikan sehingga boleh meringankan sedikit dari beban yang saya tanggung,”ujarnya.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi Dr Azman Abdullah turut membantu kerja-kerja menggerudi serta pemasangan paip.
Beliau berkata, ia adalah satu usaha kebajikan yang julung kali seumpamanya dibuat di dalam kawasan DUN terbabit.
“Program Boreeng (menggerudi dan menyedut) air untuk keluarga miskin merupakan yang julung kali diadakan dan akan menjadi projek contoh untuk dikembangkan kepada lokasi-lokasi lain,
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Suhazeli dan rakan-rakan Amal yang turun membantu masyarakat dalam DUN ini,”katanya.
Sehubungan dengan itu, Dr Azman yang juga Ahli Jwatankuasa YAMCT menyeru orang ramai agar membantu NGO terbabit bagi melaksanakan program bekalan air bersih yang amat penting diperlukan oleh keluarga miskin.
Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Bencana Yayasan Amal di Maybank Islamik bernombor 563064131947










