Terengganu, Malaysia

Pemilihan Calon PAS Tidak Sama Dengan Pemilihan Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/nik%20zawawi.jpg

Beliau menegaskan, ramai yang tersenarai sebagai calon dari senarai dihantar kawasan-kawasan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Majlis Syura Ulama’.

“Saya menafikan ramai calon PAS digugurkan bertanding pada pilihan raya (PRU13) kali ini. Saya ulangi tidak timbul sama sekali ramai calon PAS digugurkan kerana mereka (calon) telah menepati syarat di peringkat kawasan lagi.

“Cuma laporan akhbar Sinar Harian itu…saya hendak menafikan sama sekali dan saya tidak pernah sebut istilah sebegitu (ramai calon PAS digugurkan).

“Senarai calon-calon yang dihantar oleh setiap kawasan masing-masing, Alhamdulillah, di peringkat kawasan telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Himpunan Semarak Hijau ke Putrajaya Muslimat PAS Terengganu dengan tema “Satu Misi, Satu Energi, Satu Hati” di Dewan Haji Salleh, Kampung Alor Lintah, Besut, 22 Februari lalu.

Oleh itu, katanya, tidak timbul sama sekali isu ramai calon PAS ‘digugurkan’ dalam pilihan raya kali ini.

Menurutnya, dalam soal pemilihan calon tidak sama antara PAS dengan Barisan Nasional kerana parti Umno tidak meletakkan syarat-syarat tersebut.

“Kita (PAS) tentukan syarat-syarat hendak jadi calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, istiqamah dalam perjuangan (Islam), bakal calon tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/ijtimak%20muslimat.jpg“Kita tidak sebagaimana Umno yang tidak ada syarat untuk dipilih jadi calon, tetapi PAS ada syarat-syaratnya. Sebab itu, calon Umno-BN tidak bersih dan calon PAS bersih sebab kita (PAS) letak syarat untuk jadi calon dan calon PAS menepati syarat Majlis Syura Ulama’,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu menjelaskan penapisan yang dilakukan oleh Majlis Syura Ulama’ tidak ada calon-calon PAS digugurkan kerana melanggar syarat tersebut.

Namun, kata Ustaz Nik Zawawi, pihak Majlis Syura Ulama’ PAS pernah menolak pencalonan Zulkifli Nordin pada pilihan raya umum lalu kerana tidak menepati syarat-syarat berkenaan.

“Tetapi, dalam pilihan raya yang lalu Majlis Syura Ulama’ PAS pernah menolak pencalonan Zulkifli Nordin yang dikemukakan kepada kita, dan terbukti sebenarnya memang Zulkifli Nordin ini seorang yang tidak istiqamah dalam perjuangan (PAS) dan tidak memenuhi syarat-syarat dalam Majlis Syura Ulama’ PAS.

“Setakat ini, boleh saya sebut calon-calon PRU13 telah hampir selesai 99 peratus dan masalah teknikal calon akan berlaku sehingga hari penamaan calon dan mungkin ada penukaran calon dan sebagainya. Tapi senarai yang dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama’ telah selesai 100 peratus,” ujarnya.

Katanya, dalam PAS ini telah jadi budaya dan ahli-ahli faham bahawa untuk menjadi calon mesti bersih serta memenuhi syarat-syarat Majlis Syura Ulama’ PAS.

Pada perhimpunan tersebut seramai hampir 1000 orang petugas dan jentera parti Dewan Muslimat PAS dari seluruh kawasan hadir bagi menjayakan program berkenaan.

Antara pimpinan muslimat yang hadir Ketua Muslimat PAS Pusat, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Pas Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang Kelantan, Wan Ubaidah Omar dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan