1. Rasulullah saw adalah suri tauladan yang terbaik. Baginda dilahirkan untuk menjadi panduan dan ikutan dalam semua perkara.
Firman Allah swt;
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah saw itu adalah contoh ikutan yg terbaik bagi orang yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat dan mengingati Allah dengan banyak
(Surah Ahzab: 21)
2. Antara perkara yang ditunjuk contoh oleh Rasulullah saw ialah uslub dakwah dan perjuangan. Kerana harus kita yakin dan beriktiqad bahawa pendekatan Rasulullah saw dalam dakwah dan perjuangannya adalah “pendekatan terbaik” yang ditunjukkan oleh Allah kepada kita semua. Kerana setiap tuturkata dan tindak tanduk baginda adalah “wahyu” Allah swt.
3. Justeru, mana-mana gerakan Islam di dunia ini wajib menjadikan panduan suci itu sebagai panduan asas dan utama dalam kerangka perjuangan mereka. Adapun pendekatan lain yg difikirkan sebagai “hikmah” adalah sekadar penambahbaikan semata-mata.
4. Jika dilihat kepada perjalanan dakwah Rasulullah saw, kita akan dapati tiga asas umum dibangunkan oleh Baginda saw:
1. العقيدة السليمة
2. الموافقة بالشريعة
3. الإخلاص بالله.
4.1. Akidah Yang Sejahtera.
Langkah pertama dakwah Ar-Rasul saw ialah membangunkan akidah tauhid. Meruntuhkan segala bentuk kesyirikan terhadap Allah. Ini menunjukkan bangunan dakwah dan perjuangan Baginda dibangunkan di atas dasar yang tiada sebarang kompromi dengan segala bentuk kesyirikan.
4.2: Sejajar Dengan Syariat.
Gerakan suci Rasulullah saw adalah gerakan yang sukatannya adalah panduan syariat. Wahyu Allah sentiasa mengawalselia pendekatan seruan dakwah Baginda, sama ada perkara yg berkaitan dengan hukum hakam ibadah, mahupun soal-soal yang berkaitan dengan manusia lain yg melibatkan soal-soal sosial, ekonomi dan politik.
Para sahabat diasuh dan dididik agar sentiasa menjadikan matlamat perjuangan dan kehidupan mereka semata-mata kerana Allah. Mereka ditarbiyyah untuk menghayati erti “ubudiyyatillah” dalam setiap denyut nafas kehidupan mereka.
5. Itulah lorong dan denai perjuangan Rasulullah saw. Yang disifatkan oleh Allah sebagai “siratal mustaqim”
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ
“inilah jalanKu yg lurus. Maka ikutlah oleh kamu sekelian”.
(Surah Al-an’am: 153)
6. Jalan inilah jalan yang paling selamat. Jalan yang paling suci dan paling dekat untuk meraih kemenangan yang hakiki di dunia dan akhirat.
7. Justeru, mana-mana gerakan Islam di dunia ini wajib menjadikan jalan ini silibus perjuangan mereka. Dalam silibus ini ada subject aqidah, syariat, akhlaq dan jihad.
8. “Thoriqah Thohirah” (laluan suci) ini tetap dan sentiasa menjadi thoriq terbaik dan terunggul sehingga kiamat. Dengan itu mana-mana gerakan Islam tidak perlu mengambil silibus asing untuk mempercepatkan perjalanan mereka menuju matlamat perjuangan.
9. Mana-mana pendokong gerakan Islam yang merasakan ada sistem dan pedekatan lain yang lebih cepat dan lebih baik untuk meraih kemenangan, selain pendekatan Rasulullah saw, adalah merupakan “kecelaruan fikrah” yang wajib diperbetulkan dan fikrah seumpama itu perlu “dinyahkan” daripada menguasi jamaah.
10. Dengan itu..kita tegaskan, tiada apa-apa kebaikan sedikitpun daripada aliran-aliran pemikiran songsang itu untuk diimport oleh jamaah Islam. Liberalisme, pluralisme, islamisasi, islam hadhari, islam wasotihiyyah dan apa jua isme dan aliran pemikiran batil yang ada bukan sahaja tidak diperlukan, bahkan semuanya adalah “pemusnah” kepada perjuangan yg suci ini.
Firman Allah swt;
أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
“Apakah kamu mahu mencari kemuliaan di sisi mereka?. Sesunguhnya kemuliaan itu seluruhnya di sisi Allah”.
(Surah al-Nisa: 139)
11. Berpegang teguhlah dgn “tali Allah”. Tiada hebatnya perjuangan ini jika syirik terhadap Allah. Tiada hebatnya perjuangan ini jika melalui uslub yang diharamkan Allah, dan tiada hebatnya perjuangan ini jika bukan kerana Allah.
Disediakan oleh:
Al-Faqir Ustaz Mokhtar Senik
Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang
Timb. Ketua Lajnah Penerangan DUPP






























