MARANG – Hari Sabtu, tanggal 3 Mac mencatat sejarah pahit bagi PAS Pengkalan Berangan, apabila seorang pejuang gigih dipanggil pulang menemui penciptaNya.
Pemergian Haji Alias atau Majid bin Mohamed atau lebih dikenali ramai dengan panggilan ‘Ayah Wer’ pada jam 10.30 Jumaat malam, amat dirasai.
Penglibatan beliau dalam perjuangan seawal usia remaja, pernah menjawat amanah sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN dan pelbagai tugas lain yang dipikul.
Sehingga tatkala beliau menghembuskan nafas terakhir, arwah Ayah Wer istiqamah dan masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pengkalan Berangan.
Justeru hampir 300 orang majoritinya anak-anak muda, menjadi ‘makmum’, kepada solat jenazah beliau yang telah diimamkan oleh Presiden PAS sendiri, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Pengarah MTD Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong menzahirkan rasa sedih dan kehilangan atas pemergian seorang yang ‘dianggap ayah’, sangat baik dan banyak menjadi rujukan serta menjadi sering kali menasihatkan beliau dalam pengurusan jentera DUN.
“dan menguruskan parti di DUN Pengkalan Berangan………kehilangannya sangat dirasakan bukan saja oleh saya tapi semua penggerak parti disemua peringkat,”ujarnya ketika ditemui seusai solat terakhir sebelum mengiringi arwah, ke pusara.
“Saya mendoakan agar almarhum tenang beristirehat disana setelah hampir seluruh usia diinfaqkan untuk perjuangan Islam,”tambah Sulaiman sedikit hiba.